Syaitan Menolong Orang Ke Masjid
Kisah ini , tak pasti semasa zaman Nabi s.a.w atau para sahabat.
Ada seorang buta yang rajin solat berjemaah di masjid .
Ada tali yang di buat untuk menghubungkan rumahnya dan masjid.
Antara rumah dan masjid ada satu lubang yang berair.
Suatu hari, dia terjatuh kedalam lubang tersebut dan beliau berpatah balik, untuk salin baju yang bersih. Kali kedua, dia terjatuh lagi dan balik semula untuk bersalin baju.
Kali ketiga, di rasa nak terjatuh lagi tetapi tiba-tiba ada orang yang menyambut untuk menahannya dari jatuh dan memimpinnya hingga sampai ke masjid.
Beliau bertanya kepada orang tersebut, siapakah dia.
Orang itu menjawab?Aku??
Aku adalah syaitan.
Orang buta itu terkejut lalu bertanya, kenapa dia menolongnya dari jatuh ke dalam lubang tersebut.
Syaitan menjawab ?Aku menolong sebab aku takut dosa orang-orang Islam lain terampun.
Ini kerana semasa engkau terjatuh kali pertama, dosamu Allah ampunkan, semasa engkau jatuh kali kedua, seluruh dosa ahli keluargamu diampunkan, dan jika aku biarkan engkau jatuh kali ketiga maka seluruh dosa umat Islam akan terampun.
Sebab itu aku menolongmu.
Lihatlah dan fikirkanlah betapa besarnya pahala orang yang melangkah ke masjid atau surau, itu belum ditambah dengan pahala mengerjakan solat berjemaah.
Orang yang butapun sanggup bersusah payah untuk solat berjemaah di masjid, inikan pula kita yang sihat walafiat tanpa ada sebarang halangan kecuali halangan nafsu yang sering memujuk kita untuk terus malas dalam menambah pahala untuk bekalan ke akhirat, kehidupan yang lebih kekal....
~wallahualam~
6 comments:
ADAKAH ORG YG BUTA, PEKAK , BISU WAJIB MENUNAKKAN SOLAT FARDHU
Anonymous,
Orang buta DAN pekak DAN bisu,
tak wajib solat.
tapi Orang buta ATAU pekak ATAU bisu masih wajib mengikut kemampuannya.
Assalamualaikum..sy muhammad faeez.. sy nie ade banyak tentang kemusykilan agama..agak keliru..jadi sy mintak ustaz tolong bg tunjuk ajar supaya saya sebagai seorang pelajar x tersesat dalam akidah islam..
nie (YM)sy dan E-mail sy, : muhd_fareastzz@yahoo.com..
ustaz add yee..
wassalam...
Assalamualaikum..sy muhammad faeez.. sy nie ade banyak tentang kemusykilan agama..agak keliru..jadi sy mintak ustaz tolong bg tunjuk ajar supaya saya sebagai seorang pelajar x tersesat dalam akidah islam..
nie (YM)sy dan E-mail sy, : muhd_fareastzz@yahoo.com..
ustaz add yee..
wassalam...
bilakah sembahyang pertama umat islam?
bilakah solat pertama difardukan
Post a Comment