Wednesday, June 02, 2010

Kisah Dan Teladan Dari Khalifah Umar bin Abdul Aziz

kisah 1:

Khalifah Umar bin Abdul Aziz adalah seorang khalifah yang paling zuhud, wara’ dan soleh setelah 4 Khulafaur Rasyidin. Beliau memerintah negara Islam selama 2 tahun 5 bulan saja dan wafat pada umur 39 tahun sebab diracun oleh pembesar-pembesar Bani Umaiyyah.

Suatu hari Khalifah Umar bin Abdul Aziz sangat ingin memakan buah epal, tetapi tidak mempunyai duit untuk membelinya, kerena semua hartanya dan harta keluarga telah beliau berikan kepada Baitulmal ketika menjadi khalifah. Lalu ada seseorang dari kaum keluarganya menghadiahkan buah epal dan dihidangkan kepada Khalifah Umar oleh Amru bin Muhajir.

Tiba-tiba beliau berkata: “Alangkah wangi dan bagusnya epal ini. Wahai ghulam, ambil epal ini dan pulangkan kepada orang yang membawanya. Sampaikan salam kepadanya, sesungguhnya hadiahnya telah sampai kepadaku ketika aku sudah tiada selera untuk memakannya.”

Amru bin Muhajir tahu bahwa Khalifah bertindak demikian karena wara’nya. “Wahai Amirul Mukminin! Dia adalah sepupumu dan masih ahli keluargamu, sedang engkau telah mendengar bahawa Rasulullah saw mau menerima hadiah,” kata Amru.

Wahai sahabatku! Sesungguhnya hadiah bagi Rasulullah saw memang hadiah. Akan tetapi hadiah pada hari ini bagi kami adalah merupakan rasuah (suap),” kata Khalifah Umar.

Diceritakan bahawa suatu ketika Khalifah Umar bin Abdul Aziz sedang berada di pejabat untuk kerja urusan kerajaan. Keadaan diruangan pejabat sangat gelap sehingga terpaksa memasang lampu pelita. Seseorang datang dan masuk pejabat Khalifah setelah diizinkan. Tiba-tiba Umar memadamkan api pelita itu, maka beliau bercakap dengan tamunya dalam keadaan gelap, membuat orang lain keheranan.

“Mengapa Amirul Mukminin melayani tamu dalam keadaan gelap?” tanya seorang pegawai Khalifah.

“Yang datang tadi itu adalah keluargaku. Dia datang kepadaku karena ada urusan peribadi, sedangkan lampu pelita adalah milik negara. Oleh sebab itu, ketika aku berbicara masalah peribadi, aku padamkan lampu tersebut kerena aku tidak mau menggunakan harta negara.” kata Umar bin Abdul Aziz.

Lihatlah betapa amanahnya seorang pemimpin Islam pada waktu itu. Beliau tidak menggunakan kedudukannya sebagai Khalifah untuk kepentingan sendiri atau kaum keluarga dan sahabat malah apa yang beliau ada disedekahkan kepada Baitulmal.

Kita tidak mengharap pemimpin sekarang menyedekahkan seluruh harta mereka. Tetapi kita mau mereka ini amanah dan tidak rasuah, tidak menggunakan kedudukan untuk kepentingan peribadi.


Kisah 2:

Dalam kegelapan malam, Khalifah Umar Al-Khattab terus berjalan dari lorong ke lorong disekitar kota madinah. Selepas memastikan kota itu dalam keadaan baik, beliau terus berjalan sehingga tiba di luar kota. Tiba-tiba kelihatan unggun api di kejauhan. Umar al-Khattab menghampirinya bagi mengetahui siapa yang bermalam disitu.

Rupanya, didapati ada sebuah khemah usang disitu. Diluar khemah itu duduk seorang lelaki sambil menghadap unggun api. Selepas mengucapkan salam, Umar Al-Khattab terus bertanya.

“saya tidak pernah melihat ada orang tinggal di kawasan ini. Adakah kamu sedang bermusafir?”

“benar wahai tuan, saya tinggal di gurun yang gersang. Datang ke sini mahu mengadu kesusahan saya pada Amirul Mu’minin Umar al-Khattab.” Jawab Musafir itu.

“datanglah ke Masjid Nabi. Kamu pasti menemui Umar disana.” Balas Umar al-khattab.

Tiba-tiba, kedengaran suara perempuan mengerang menahan kesakitan dari dalam khemah itu. Umar al-Khattab lantas bertanya siapa perempuan itu dan apa yang telah terjadi kepadanya.

“dia isteri saya yang sedang sarat mengandung, dia hendak melahirkan anak kami.” Wajah lelaki itu Nampak cemas.

“siapakah yang bakal menaymbut kelahiran bayi itu?” Umar al-khattab juga mula cemas.

“kami Musafir, tiada siapa yang kami kenal disini. Demi ALLAH, saya amat risaukan isteri saya.” kata lelaki itu sambil mengeluh.

“kamu tunggu di sini, saya carikan bidan.” Ujar Umar al-Khattab.

Umar al-Khattab segera pulang kerumahnya lalu mengejutkan Ummi Kalsum yang sedang lena tidur.

“tuhan membuka pintu kebajikan kepada kamu. segeralah bersiap dan jangan sia-siakan peluang ini. Semoga tuhan merahmati kita.” Kata Umar

“wahai suamiku, mengapa kelihatan cemas dan tergopoh gapah? Apa yang berlaku? Membuat kebajikan bagai manakah yang dimaksudkan?” Ummi kalsum meminta penjelasan.

“diluar sana ada seorang wanita yang hendak bersalin tetapi tidak ada siapa yang membantu kerana mereka musafir. Bersiaplah segera, kita ke sana.” Jawab Umar.

Tanpa banyak bersoal lagi, Ummi kalsum bersiap lalu mengikut suaminya meredah kegelapan malam menuju ke khemah itu. Sementara menunggu isterinya ummi kalsum bersiap tadi, Umar al-Khattab sempat mengambil sedikit makanan bagi diberikan kepada musafir itu.

Setibanya mereka di khemah itu. Ummi kalsum terus menjalankan tugasnya menyambut kelahiran bayi itu. Umar al-khattab pula menjerang air serta memasak sedikit tepung, tiba-tiba kedengaran suara bayi dari dalam khemah itu.

“syukur pada tuhan kerana isteri saya selamat melahirkan. Terima kasih kepada tuan yang baik hati mencarikan seorang bidan.” Kata suami wanita itu.

Ummi kalsum pun keluar dari khemah itu dan berkata kepada suaminya.

“wahai suamiku Amirul Mu’minin Umar al-Khattab, bersyukurlah kerana perempuan itu selamat melahirkan seorang anak lelaki yang sihat.”

Barulah musafir itu tahu bahawa lelaki yang sedang membantunya itu adalah khalifah Umar al-Khattab dan isterinya. Dia berasa amat terharu dan berterima kasih kepada khalifah Umar al-Khattab.

“saya sudah sediakan air dan makanan untuk kamu berdua. Kami juga hendak pulang ke rumah. Selepas isteri kamu sihat, datanglah berjumpa saya. Kamu pasti mendapat bantuan,” kata Khalifah Umar al-khattab.

3 comments:

www.drnida.blogspot.com said...

bagus teruskan usaha

mohd said...

salam saudara nama taka masukkan info agama untuk 2011?

Anonymous said...

Khalifah umar abd aziz tidak termasuk dlm khulafa arrasyidin- Sekadar membetulkan fakta