Tuesday, October 17, 2006

Bertudung Tapi Ke Gereja

Peguam Kes Murtad Shazalina/Linda Choy (Ust Zulkefli Nordin), beliau telah memberi ceramah pada malam tadi di Surau As Sakinah, TTDI Jaya, Selangor tentang kumpulan kafir Artikel 11/ IFC. Mereka ini (IFC) sedang bergiat untuk menghapuskan keistimewaan orang Islam di Malaysia, pihak Mahkamah Persekutuan hanya ada masa 6 minggu sahaja lagi untuk membuat keputusan sama ada meluluskan atau tidak. Kalau LULUS maka orang Islam dalam bahaya besar. Boleh hubungi Ust Zulkefli sendiri (0133998718) untuk penjelasan lebih lanjut, pihak peguam Muslim memberi penerangan tentang perkara ini.

Apa bahayanya...?

1) Semua anak-anak selepas berumur 18 tahun bebas menukar agama, keluar masuk mana-mana agama macam masuk panggung wayang. Mereka punyai hak untuk menukar perkataan agama di kad pengenalan, cuma mengisi borang di kaunter saja. Kalau sekarang, mereka yang mahu menukar agama, ( menjadi murtad ) perlu memohon di jabatan Agama atau pihak berwajib. Diproses, kemudian dikaunselling untuk beberapa tempoh oleh tertentu oleh beberapa siri ustaz-ustaz yang berwibawa untuk menyelamatkan akidah orang-orang yang terkeliru ini..

Namun jika sekiranya kumpulan Artikel 11 atau IFC ini menang tiada lagi benteng rasmi terakhir kita.. Cuma itu yang kita ada sekarang.

2) Lahirlah keluarga -keluarga yang mempunyai pelbagai anutan dalamnya. Seperti di Jogjakarta..., hari ini semua Islam , esok ayah dan anak hindu , lusa emak kristian... Kubur boleh campur sebab dah tak ada pemisahan akidah yang sahih, itulah pengalaman kami di sana tempohari..

3) Banyak lagi hak-hak orang Islam yang tercabar dan akan di batalkan.

Apabila Rasulullah s.a.w . membawa risalah Islam, dan telah jelas pemisahan antara kebenaran dengan kebatilan, maka kebenaran itu perlu dipertahankan, perlu dibela dengan sebaik-baiknya. Bagi muslim, Islam adalah satu sistem yang datang untuk kesejahteraan semua manusia, malah seluruh alam ..tak kiralah samada untuk Muslim atau bukan Muslim.

Islam tidak membenarkan umatnya didakwah atau diajak oleh orang bukan Islam atau orang kafir adalah kerana tidak mahu kita jatuh semula dalam kebatilan dan kesalahan. Di sinilah ada undang-undang untuk menjaga kebenaran itu. Islam sayang kepada mereka yang beriman, menjaga mereka , sebab kebenaran adalah sesuatu yang perlu dijaga.

Bagi mereka yang sudah mendapat kebenaran dan cahaya yakni beriman, kemudian menolaknya, menggambil yang batil, mereka ini setelah dinasihati tapi terus mengkhianati kebenaran tersebut yakni Islam, maka wajarlah mereka dikategorikan sebagai pengkhianat. Dan pengkhianat kepada kebenaran ini wajarlah mendapat haknya... yakni perlu dihukum. Dalam mana-mana golongan pun, pengkhianat dalah lebih buruk dari musuh.

Sebab, musuh Islam mungkin belum menggenal apa itu kebenaran, tetapi pengkhianat adalah mereka yang menganiaya diri dan membahayakan orang lain, menggancam orang ramai dan Islam itu sendiri.

Apa yang kita ada sekarang dalam realiti di negara kita alah sedikit ruang yang tertinggal untuk dipertahankan.
Setiap muslim yang bercita-cita untuk murtad perlu menjalani proses tertentu untuk menyelamatkan akidah mereka yang mungkin terkeliru..dan realitinya tidak sedikit yang dapat diselamatkan.

Janganlah kita berpeluk tubuh.. masa untuk menjadi penonton atau orang yang tertidur tiada lagi...! Ketahuilah apa yang sedang berlaku di Mahkamah Persekutuan hari ini adalah masalah kita dan masa depan aqidah anak-anak kita.

Sila sebarkan berita ini kepada semua orang Islam kerana isu ini amat serius...

APAKAH PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB KITA?? KITA HANYA ADA DUA PILIHAN.....

1) MENYOKONG KUMPULAN ARTIKEL 11 SECARA TERBUKA ATAU SENYAP DENGAN TIDAK BERBUAT APA-APA.... ATAU BERSEKONGKOL DENGAN MEREKA.

2) MENENTANG KUMPULAN PELAMPAU INI (KUMPULAN ARTIKEL 11 )
SECARA TERSUSUN . MASING-MASING WAJIB MENJALANKAN TUGAS DIBIDANGNYA .

IMAM DAN KHATIB PERLU MENJELASKAN KEADAAN INI DI MIMBAR MASJID DAN CERAMAH, GURU DAN PELAJAR DALAM KELAS, ORANG RAMAI MENGHADIRI PERBICARAAN DI MAHKAMAH PERSEKUTUAN K. LUMPUR, MENULIS DAN NETTER MENGHEBAHKAN, NGO MENGUTIP TANDATANGAN DAN MENGHANTAR PETISYEN KEPADA YANG PARLIMEN , PERSEMBAHKAN KEPADA YANG DIPERTUAN AGONG DAN MAJLIS RAJA-RAJA YANG SEDANG BERSIDANG, MENGAJAK YANG BERHORMAT DAN MENTERI MEMAHAMI MASA DEPAN KITA .. DAN BANYAK LAGI.

Kalau pilihan anda adalah 1,
delete lah e-mail ini atau peramkan ia dalam mail box anda dan...

Kalau pilihan anda adalah 2,
FORWARD kan e-mail ini kepada sesiapa sahaja yang ada di dalam mailing address anda.
WASSALAMU'ALAIKUM, WA ALLAHU AKBAR.

5 comments:

Anonymous said...

Kesian aku tengok orang islam ni. Saya ni orang kristian. Saya kesian sangat sebab engkau ni takde kerja lain, asyik nak menyalahkan orang lain kalau bab agama seolah-olah engkau tu betul sangat. Bagi saya, semua agama suci, tapi pengikutnya tak pernah suci dan lari dari dosa. Sikit-sikit nak kata semua perbuatan musuh islam, musuh islam sebenarnya ORANG ISLAM SENDIRI!! Tak sedar lagi ke? Pakai akal lah bro, senang sangat engau ni kena main ajaran sesat ARAB jahiliah.

Anonymous said...

Saya berdoa agar Tuhan menyelamatkan jiwa-jiwa yang belum menemui erti kasih yang sebenar. Hanya Yesus lah jalan menuju ke syurga. Yesus mengajari kami untuk mengasihi sesama manusia dan mendoakan musuh. Mana mungkin alkitab diubah jka isinya penuh dengan ajaran yang membawa kepada jalan keselamatan. Alkitab mengajarkan kami untuk mengasihi sesama manusia.Saya sarankan umat Islam ubtuk membaca alkitab terlebih dahulu sebelum memberikan tuduhan-tuduhan yang tidak masuk akal.Jangan hanya dengan membaca artikel-artikel di internet atau buku-buku maka anda akan terus mempercayainya. Selidikilah dahulu melalui alkitab kami sebelum mengeluarkan tuduhan yang hanya memberikan anda lebih banyak dosa kerana menfitnah.

Anonymous said...

Musuh kita sebenarnya IBLIS bukannya sesama manusia!!!!
Iblislah yang menyebabkan berlakunya banyak perkara-perkara jahat di dunia. Setiap dari kita harus mengundang Tuhan untuk masuk ke dalam hidup kita supaya kita boleh melawan iblis.Yesus Kristus memberkati kita semua.Dia mengasihi setiap manusia tetapi terpulang kepada individu untuk mahu menerima kasih-Nya atau tidak.God bless all people in this world!

Anonymous said...

Kepala hotak engkau..tiada agama yang sahih melainkan islam..kamu..alkitab wak lu..cuba bagi tau aq dalam bible kamu ada yesus berkata dia tuhan..sembah la dya..ada??ada ka??hati kamu buta..even kamu punya pendakwah agama kristian akui yg kitab suci al quran sahaja panduan yang bole di percayai..kitab2 kamu smua.,telah di ubah..islam itu indah..islam agama ku..tiada tuhan selain allah,Muhammad s.a.w itu pesuruh allah..hidup mati ku di jalan allah...semoga saudara ku di palestin dapqt menghncurkan kaum2 israhell laknatullah..Allahukhbar

Anonymous said...

Woi jahanam..ajaran sesat butu bapak kau..komen..bapak pailang kau nak ckp ajaran sesat..kau menumpang di negara islam..kau nak tentera fisabillah kutip ko??islam perlu menentang pencerobohan..agama3 kamu yg kristian kamu yg byk meyesatkan saudara islam kamu dgn black nagick sebagainya..ckp bole sebarang cakap..tidak kira berapa ramai kaum kafir mu..aq sedia hadapi demi menjaga agama ku yg tercinta dari di ceroboh..allahuakhbarr!!! ///