Malaysia diserang virus
Tahukah Anda?
Oleh: Penggali Kubur
E-mail: tok.siak@yahoo.com
Malaysia yang terkenal dengan Moto (Malaysia Boleh) kini diserang Virus Murtad dan Sex???
Kita sebagai pengguna internet secara tidak langsung telah di sogokkan dengan gambar-gambar lucah, ikon lucah, Ikon aksi mengada perhubungan sex, ikon salib, ikon syaitan/iblis yg mempunyai tanduk berbadan merah membawa serampang tiga mata dan tidak ketinggalan juga di web muslim space dengan mengisi borang Ahli/Member baru ada pilihan Agama seperti "Islam" atau "Islam Other" untuk menyesatkan aqidah kita sebagai Umat Muhhammad S.W.T. Apa lagi maksud dan tujuan disebaliknya???
Apa yg saya perhatikan member-member MySpace juga tidak segan silu atau bergurau barangkali meletakkan Ikon-Ikon Laknatullah dan sex. Apakah mereka tidak mengerti makna atau lebih tepat boleh dikatakan juga seolah-olah berbangga menggunakan ikon-ikon tersebut. Apakah dia itu IKON??? apakah anda juga teringin sangat berIkonkan Iblis dan Syaitan??? berIkonkan Salib??? dan berIkonkan Sex Haram???
Cuba kita amati pada iklan-iklan lain contohnya iklan "Pop-Up" apabila kita add member? Seks juga di'promote' di merata-rata di Wilayah Kuala Lumpur, Selangor dan tidak terlepas juga daerah Seremban, Johor dan coming soon di utara dan menjalar ke seluruh negara Malaysia seperti pemasangan tiang pemancar Signal handphone di Highway suatu ketika dulu.
Malah ia lebih memburukkan keadaan kerana serangan Virus Murtad dan Sex ini terus masuk ke rumah kita melalui talian Internet. Virus Agama ini juga merebak dengan satu klik saja terus terpampang di depan mata tanpa kita sedari atau tidak ia bertapak didalam minda dan hati pelayar Internet itu lalu mengotorkan hati (termasuklah saya).
Apakah kita boleh berbangga dengan orang Melayu "Islam" kita maju seperti itu? seperti memenangi sesuatu pertandingan, Laungan dan sorakan akan bergema disusuli ayat hikmat atau pekikan "Malaysia Boleh!!!" dengan usia yg setahun jagung ini juga saya tidak pernah terdengar atau mendengar istilah "Islam Other atau Muslim Other".
Maaf ya! Saya juga macam anda Ahli/Member MySpace yang nakal. Saya bukan penceramah Agama, Guru Agama dan lain-lain yg sewaktu dengannya berceramah untuk menasihati anda yang lebih cerdik pandai, bersekolah tinggi, bergaji besar, berpengetahuan luas dan juga pandai bertutur Bahasa Ingeris.
Saya hanyalah orang Kampung yang datang ke Bandar mencari sesuap nasi yang bernama Abdun Muazin yakni Hamba Allah dan berkerja sebagai PENGGALI KUBUR YG TAK BERTAULIAH (masih lagi dalam perhatian selama 3 bulan) mungkin esok atau lusa saya mungkin diberhentikan majikan kerana kurangnya Customer yg datang menempah tanah atau menempah batu nissan atau mungkin juga kerja-Kerja saya sebagai penggali kubur tidak begitu sempurna baginya.
Saya betul-betul sayangkan kerja ini kerana itulah satu-satunya kerja yang mampu saya lakukan dengan kelulusan sijil pelajaran yang ada. Walaubagaimana pun saya akan terus berusaha belajar memperbaiki kelemahan dan mendalami teknik menggali kubur kerana saya juga akan berada didalamnya.
p/s:
Saya pernah cuba, try, test masuk sekejap dalam liang lahad, kawan sekerja tutup dengan papan penutup tu... gelap, sejuk, lemas...dll rasa, tak boleh dibayangkanlah kalau tinggal lama-lama kat situ. Kalau ada sesiapa member My Space nak merasa demo di alam bazakarah dipersila datang ler.
1 comment:
assalamualaikum empunya blog..
terima kasih atas nota2 anda yg amat berharga kepada mereka yg memerlukan..
Post a Comment