Tuesday, October 17, 2006

Meninggalkan Solat Sama Dosanya dengan???

Surah Al-Munaafiquun

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu lalai (lengah) kerana hartabenda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah (sembahyang limawaktu).

Barangsiapa memperbuat demikian itu, maka mereka orang yang merugi.

Ayat : 9 Allah tiada akan memberi tempoh kepada seorang bila telah sampai ajalnya. Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu kerjakan.

Ayat : 11 Para Ulama' berpesan untuk kita jadikan pegangan:

Barangsiapa meninggalkan solat Maghrib, dosanya seperti berzina dengan ibunya sendiri bagi yang lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang perempuan!

Jadi, apakah bezanya sumbang mahram dengan meninggalkan solat Maghrib?


Meninggalkan solat Isya',
maka Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya. Bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat pelindunganNya di dunia ini. Dan lebih malang bila kita diazab di dunia yang lain nanti (akhirat).

Meninggalkan solat Subuh akan disiksa selama 60 tahun (waktu akhirat) di dalam neraka.

Perlu kita ingat bahawa azab yang paling ringan adalah sepertimana azab yang dikenakan kepada bapa saudara Rasulullah saw yang mana apabila dipakaikan kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke otaknya.

Selama ini kita baru dapat bayangkan bagaimana air mendidih saja....

Meninggalkan solat Zohor diibaratkan seperti meruntuhkan Ka'abah

Kalau begitu sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-angan untuk menunaikan haji. Itu adalah suatu perkara yang amat mudah...

Satu kali meninggalkan solat Asar sama dosanya dengan membunuh 1000 orang Islam.

Kat dunia ni bolehlah jadi sekutu Presiden Bush, tak payahlah kutuk dia lagi kat dunia ni...
Kita dengan dia (Bush) sama saja.


Rasulullah saw ada menyebut, tinggalkan solat adalah Kafir yang nyata.

Yang benar itu adalah dari Allah swt dan yang kurang itu adalah dari kelemahan kita yang nyata.

2 comments:

Anonymous said...

Kita menyembah Allah kerana inginkan balasan baik dan syurga. Kita menyembah Allah kerana takutkan azab dan neraka. Keduanya tidak akan sama dengan orang yang menyembah ikhlas kerana Allah bukan kerana inginkan syurga mahupun takutkan neraka. Syurga dan neraka kepunyaan Allah, hanya Dialah yang menentukan syurga dan neraka untuk hambanya. Bukan senang untuk ikhlas...

Hamba yang hina said...

Assalamualaikum..saya hamba Allah yang amat hina.. tahu dosa meninggalkan solat itu adalah berdosa tetapi tetap juga melakukan nya.. hati ingin berubah tetapi hati juga yang membawa ke arah dosa.. saya ingin sekali berubah tetapi sering juga melakukan dosa..Mohon doa nya supaya hati saya kuat untuk berubah.. saya takut akan azab Allah dan saya juga amat menyayangi dan mencintai Allah..