Sunday, October 22, 2006

MEMBACA YASSIN.

Barangsiapa yang membaca YASSIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut " SALAMUUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM " diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baik mu, Insyallah dengan izin yang maha esa dan maha kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.
Jika boleh niatkan sebegini:

1) YA-ALLAH YA-RAHIM, Ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku

2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, Kurniakan aku isteri,suami,anak-anak yang soleh dan mencintai islam

3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, Kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat.

4) YA-ALLAH YA-JABBAR, Makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini

5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, Jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin

6) YA-ALLAH YA-WADUUD, Kurniakan aku dan seluruh umat muhammad yang beriman kesihatan zahir batin

7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, Makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.....AMINnnnn.

--------------------------------------------

Ada satu rahsia surah Yassin lagi:

1. Yasin, Yasin, Yasin, Yasin (7x) ayat 1

2. Zalika takdirul 'azizul 'alim (14x) ayat 38

3. Salamun kowlam mirrobbirrohim (16x) ayat 58

4. Awalai sallazi kholakos sama watiwal ardzo bikhodirin 'ala anyahluko mislahum bala (3x) ayat 81

Khasiatnya :

1. Jika membaca yassin seperti kaedah tersebut, sama membaca yassin 40 kali dengan sekali baca saja.

2. Berdoa setiap tempat atau selepas ayat tersebut bagi sesuatu hajat dengna ikhlas akan disampaikan Allah segera sebarang hajat hambanya.

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW

(Khutbah ini disampaikan pada 9 Dzulhijjah 10 H dilembah Uranah, Arafah)

Ya, saudara-saudaraku, perhatikan apa yang akan aku sampaikan, aku tidak tahu apakah tahun depan aku masih berada di antara kalian. Karenanya dengarkan baik-baik apa yang kukatakan ini dan sampaikan kepada mereka yang tidak dapat hadir saat ini.

Ya, saudara-saudaraku, seperti kita ketahui, bulan ini, hari ini dan kota ini adalah suci,karenanya pandanglah kehidupan dan miliksetiap orang Muslim sebagai kepercayaan yang suci. Kembalikan barang-barang yang dipercayakan kepadamu kepada pemilik yang sebenarnya.

Jangan kau lukai orang lain sebagaimana orang lain tidak melukaimu. Ingatlah bahwa kamu akan bertemu dengan Allah SWT dan Dia akan memperhitungkan amalanmu dengan sebenar-benarnya.Allah SWT telah melarangmu memungut riba, karenanya mulai saat ini dan untuk seterusnya kewajiban membayar riba dihapuskan. Waspadalah terhadap syaitan, demi keselamatan Agamamu. Dia telah kehilangan semua harapannya untuk membawa kalian pada kesesatan yang nyata, tapi waspadalah agar tidak terjebak pada tipuan halusnya.

Ya, saudara-saudaraku, adalah benar kamu mempunyai hak tertentu terhadap isteri-isterimu, tapi mereka juga mempunyai hak atas dirimu. Apabila mereka mematuhi hakmu maka mereka memperoleh haknya untuk mendapat makanan dan pakaian secara layak.

Perlakukanlah isteri-isterimu dengan baik dan bersikaplah manis terhadap mereka, karena mereka adalah pendampingmu dan penolongmu yang setia. Dan adalah hakmu untuk melarang mereka berteman dengan orang-orang yang tidak kamu sukai, dan juga terlarang melakukan perzinahan.

Ya, saudara-saudaraku, dengarkanlah baik-baik, sembahlah Allah, Shalat lima kali dalam sehari, laksanakan Puasa selama bulan Ramadhan, dan tunaikanlah Zakat, laksanakan ibadah Haji bila mampu.

Ketahuilah bahwa sesama Muslim adalah bersaudara. Kamu semua adalah sederajat. Tidak ada perbedaan satu terhadap yang lain kecuali Ketaqwaan dan Amal Shalih. Ingatlah, suatu hari kamu akan menghadap Allah dan harus mempertanggung jawabkan semua amalanmu. Karena itu berhati-hatilah jangan menyimpang dari jalan kebenaran setelah kepergianku nanti.

Ya, saudara-saudaraku, tidak akan ada Nabi atau Rasul sesudahku dan tidak akan ada agama lain yang lahir. Kerananya semaklah baik-baik ya Saudaraku, dan pahamilah kata-kata yang kusampaikan kepadamu, bahwa aku meninggalkan dua pusaka, Al-Qur'an dan contoh-contohku sebagai As-Sunnah dan bila kalian mengikutinya tidak mungkin akan tersesat.

Siapa yang mendengarkan perkataanku ini wajib menyampaikannya kepada yang lain dan seterusnya dan mungkin yang terakhir memahami kata-kataku ini bisa lebih baik dari yang langsung mendengarkan.Demi Allah aku bersaksi, bahwa aku telah menyampaikan ajaran-Mu kepada umat-Mu ya Allah.

Friday, October 20, 2006

Kelebihan Surah Al-Kauthar.

1.Surah ini paling pendek,hanya mengandungi 3 ayat dan di turunkan di mekah dan bermaksud sungai di syurga.

2.Kolam sungai ini di perbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

3.Rasanya lebih manis daripada madu,warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad S.A.W. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian dua orang yang di kasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1.Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah S.W.T. makbulkan doa kita.

2.Jika kita kehausan dan tiada air,bacalah surah ini dan gosok di leher,insyaAllah hilang dahaga.

3.Jika sering sakit mata, seperti berair,gatal,bengkak,sapurkan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10 kali pada mata.

4.Jika rumah dipercayai terkena sihir,baca surah ini 10 kali,mudah-mudahan Allah
S.W.T. bagi ilham pada kita di mana letaknya sihir itu.

5.Jika membacanya 1000 kali rezeki kita akan bertambah.

6.Jika rajin membacanya,hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7.Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71 kali, Allah S.W.T. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi di zalimi.

Wednesday, October 18, 2006

Pokok Gharqad / Boxthorn (Pokok Yahudi)

TOLONG AMBIL PERHATIAN SEMUA UMATISLAM!! Hanya menyampaikan..... kalau sapa 2 yang nampak pokok Gharqad adaditanam di Malaysia nie....harap2 dapt panggil majlis suroh tebang ok....







Nama lain Africanboxthorn. Hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim: "Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi(di sebuah tempat)..."

Di masjid tempat aku bersolat terawih di sini, ada istimewanya kerana selepas salam kedua ada sedikit tazkirah sebelum disambung rakaat yang seterusnya. tazkirah ini taklama, cuma dalam 5-6minit sahaja, tetapi cukup memberikan pengajaran dan ilmu. malam ni, ustaz tersebut membaca sebuah hadith seperti di bawah.

hadith sahih riwayat Al-Bukharidan Muslim:
"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat). Orang-umat Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi disebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad',

kerana ia adalah pokok Yahudi". dengan masa yang agak singkat, beliau menceritakan akan gementarnya puak2 yahudi tentang kebenaran hadith ini, maka dengan rancaknya mereka sekian lama mencari tapak untuk menanam pokok-pokok gharqad ini, dan kini telah ditanam secara meluas di tanah palestin. betapa gilanya orang yahudi ini, yang menentang orang islam, tetapi dalam masa yang sama mempercayai kesahihan hadith ini. entah kenapa, hati aku teramat tertarik dengan hadith ini.

selepas solat terawih, aku masuk ke dunia cyber ini, mencari maklumat mengenai perkara berkaitan dengan hadith? tersebut. banyak artikel yang? terdapat dalam internet yang aku jumpa mengenai pokok gharqad ini, ianya juga dikenali dengan nama boxthorn. dalam banyak2 halaman internet yang paling menarik perhatian aku ialah halaman kerajaan yahudi ini sendiri di israel .

halaman ini ialah JewishNational Fund.( <http://www.jnf.org/> ) dari maklumat yang ada di halamanitu, yahudi ini ada satu dana kebangsaan yahudi yang khas untuk penanaman pokok!!!bayangkan, satu dana kebangsaan khas untuk tujuan tersebut disamping TUJUAN UTAMAnya adalah mencari tanah untuk puak2 yahudi ini tinggal.

ini juga menyatakan mereka telah berjaya menanam sebanyak 220 juta pokok dan projek2 lain. wallahualam la pokok apa yg ditanam sebanyak 220 juta itu. tetapi jika benar, pokok gharqab ini yang ditanam mereka, maka sahlah yahudi ini sememangnya mengakui kebenaran Islam tetap tetap menentang Islam."

Tuesday, October 17, 2006

Meninggalkan Solat Sama Dosanya dengan???

Surah Al-Munaafiquun

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu lalai (lengah) kerana hartabenda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah (sembahyang limawaktu).

Barangsiapa memperbuat demikian itu, maka mereka orang yang merugi.

Ayat : 9 Allah tiada akan memberi tempoh kepada seorang bila telah sampai ajalnya. Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu kerjakan.

Ayat : 11 Para Ulama' berpesan untuk kita jadikan pegangan:

Barangsiapa meninggalkan solat Maghrib, dosanya seperti berzina dengan ibunya sendiri bagi yang lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang perempuan!

Jadi, apakah bezanya sumbang mahram dengan meninggalkan solat Maghrib?


Meninggalkan solat Isya',
maka Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya. Bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat pelindunganNya di dunia ini. Dan lebih malang bila kita diazab di dunia yang lain nanti (akhirat).

Meninggalkan solat Subuh akan disiksa selama 60 tahun (waktu akhirat) di dalam neraka.

Perlu kita ingat bahawa azab yang paling ringan adalah sepertimana azab yang dikenakan kepada bapa saudara Rasulullah saw yang mana apabila dipakaikan kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke otaknya.

Selama ini kita baru dapat bayangkan bagaimana air mendidih saja....

Meninggalkan solat Zohor diibaratkan seperti meruntuhkan Ka'abah

Kalau begitu sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-angan untuk menunaikan haji. Itu adalah suatu perkara yang amat mudah...

Satu kali meninggalkan solat Asar sama dosanya dengan membunuh 1000 orang Islam.

Kat dunia ni bolehlah jadi sekutu Presiden Bush, tak payahlah kutuk dia lagi kat dunia ni...
Kita dengan dia (Bush) sama saja.


Rasulullah saw ada menyebut, tinggalkan solat adalah Kafir yang nyata.

Yang benar itu adalah dari Allah swt dan yang kurang itu adalah dari kelemahan kita yang nyata.

Tujuh Kalimat Sabda Rasulullah S.A.W

Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "


1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa.

Sekarang anda mempunyai 2 pilihanForward E-mail ini ke sejumlah orang yang anda kenal dan Insya Allah ridha Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda kirim. AMIN.

Hikmah Sujud

Sujud lega sistem pernafasan. Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatupun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahansetiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud pula boleh:

membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

melegakan sakit hernia. (burut)

mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

melegakan paru-paru daripada ketegangan.

mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

meringankan bahagian pelvis.

memberi dorongan supaya mudah tidur.

menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.

pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.

bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

mengurangkan kegemukan.

pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut(convulsions).

organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang.

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yangtidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

KELEBIHAN LELAKI DAN WANITA

LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak
perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas
ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak
baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu.Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut.Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya.Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil.Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya,ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita .... Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita
sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali-Imran:103) Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia
itu,anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

10 AMALAN YANG TERBALIK

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari)

AJARAN SESAT (gambar)






AJARAN SESAT 2 (gambar)






Tulisan al-Quran hilang dari naskahnya

Sama2 kita pikir2kan dan renung2 kan..rasanya kisah ni dah lama..tpxpe rsnya ,kite citer balik..yg dh lupa sama2 mengingatkn balik..yg tak tau sama2 tahu..

ASSALAMUALLAIKUM,

(Embedded image moved to file: pic22648.jpg) f23eb5.jpg

Marilah kita renung dan fikir2kan akan kejadian ini, dimana saya perolehi e-mail ini dari seorang sahabat.... fikir2kanlahh. ...

Tulisan al-Quran hilang dari naskahnya... ..... salah satu tanda hari akhirat.

Malam tadi dalam rancangan Misteri Nusantara yang sempat saya rakam,antara paparannya adalah lenyapnya tulisan al-Quran dari naskahnya yang berlaku baru2 ini di sebuah kampung di Kuala Kangsar, Perak.

(Embedded image moved to file: pic27446.jpg) f23ec5.jpg

Wartawan Misteri Nusantara Shahnun Hanif Suhaimi yang mendapat panggilan seorang lelaki di Kampung Kota Lama, Kuala Kangsar, Perak telah bergegas ke lokasi menemui pemilik al-Quran iaitu seorang guru agama yang merasa pelik dan hairan apabila mendapati 4 pages dalam naskah al-Qurannya yang dimiliki selama 40 tahun hilang tulisannya begitu sahaja, sedangkan dia menggunakannya hampir setiap hari khususnya ketika mengajar anak2 muridnya mengaji.

(Embedded image moved to file: pic23805.jpg) f23ed4.jpg

Berdasarkan hadis Sahih Bukhari dan Muslim, antara tanda2 Kiamat ialah apabila al-Quran diangkat ke langit. Penduduk kampung mengaitkan kejadian aneh ini dengan tanda2 Kiamat tetapi sejauh mana kebenarannya masih menjadi tanda tanya.

Hajah Khatijah seorang guru agama berusia 74 tahun telah menggunakan naskah al-Quran ini 40 tahun lamanya. Ia diterima sebagai barangan pusaka ibu saudaranya yang mewasiatkan agar selalu membacanya.

(Embedded image moved to file: pic15890.jpg) f23ee4.jpg

Kejadian ini disedari ketika Hajah Khatijah membaca al-Quran selepas sembahyang Isyak dan apabila sampai ke juzuk 13 dia mendapati tulisannya telah lenyap walaupun sebelum ini tulisan ini ada.
Menurutnya yang telah khatam membaca naskah al-Quran ini lebih 40 kali tidak pernah melihat adanya helaian kosong atau misprint.
Katanya jika ia disebabkan oleh tindak balas kimia, mengapa hanya 4 helai sahaja yang hilang dan tidak di muka surat lain. Naskah ini juga menurutnya disimpan dengan baik tidak terkena air atau bahan kimia.
Kehilangan ayat dalam naskah al-Quran ini membabitkan ayat dalam surah Ibrahim dan surah al-Hijr. Naskah al-Quran lama ini yang dicetak oleh Sulaiman Press di 85, Lebuh Acheh, Penang, tidak lagi dijual.
Wartawan Shahnun Hanif Suhaimi yang melihat lebih dekat naskah tersebut mendapati tiada kesan ianya dipadam atau kemungkinan helaiannya ditukar.
Walau apapun yang berlaku hanya Allah sahaja yang tahu dan Allah maha berkuasa ke atas segala sesuatu.

"Cukuplah Allah bagiku, tiada Tuhan melainkan Dia, hanya kepadaNya aku bertawakkal dan Dialah Tuhan yang memiliki arasy yang agung..."

Bertudung Tapi Ke Gereja

Peguam Kes Murtad Shazalina/Linda Choy (Ust Zulkefli Nordin), beliau telah memberi ceramah pada malam tadi di Surau As Sakinah, TTDI Jaya, Selangor tentang kumpulan kafir Artikel 11/ IFC. Mereka ini (IFC) sedang bergiat untuk menghapuskan keistimewaan orang Islam di Malaysia, pihak Mahkamah Persekutuan hanya ada masa 6 minggu sahaja lagi untuk membuat keputusan sama ada meluluskan atau tidak. Kalau LULUS maka orang Islam dalam bahaya besar. Boleh hubungi Ust Zulkefli sendiri (0133998718) untuk penjelasan lebih lanjut, pihak peguam Muslim memberi penerangan tentang perkara ini.

Apa bahayanya...?

1) Semua anak-anak selepas berumur 18 tahun bebas menukar agama, keluar masuk mana-mana agama macam masuk panggung wayang. Mereka punyai hak untuk menukar perkataan agama di kad pengenalan, cuma mengisi borang di kaunter saja. Kalau sekarang, mereka yang mahu menukar agama, ( menjadi murtad ) perlu memohon di jabatan Agama atau pihak berwajib. Diproses, kemudian dikaunselling untuk beberapa tempoh oleh tertentu oleh beberapa siri ustaz-ustaz yang berwibawa untuk menyelamatkan akidah orang-orang yang terkeliru ini..

Namun jika sekiranya kumpulan Artikel 11 atau IFC ini menang tiada lagi benteng rasmi terakhir kita.. Cuma itu yang kita ada sekarang.

2) Lahirlah keluarga -keluarga yang mempunyai pelbagai anutan dalamnya. Seperti di Jogjakarta..., hari ini semua Islam , esok ayah dan anak hindu , lusa emak kristian... Kubur boleh campur sebab dah tak ada pemisahan akidah yang sahih, itulah pengalaman kami di sana tempohari..

3) Banyak lagi hak-hak orang Islam yang tercabar dan akan di batalkan.

Apabila Rasulullah s.a.w . membawa risalah Islam, dan telah jelas pemisahan antara kebenaran dengan kebatilan, maka kebenaran itu perlu dipertahankan, perlu dibela dengan sebaik-baiknya. Bagi muslim, Islam adalah satu sistem yang datang untuk kesejahteraan semua manusia, malah seluruh alam ..tak kiralah samada untuk Muslim atau bukan Muslim.

Islam tidak membenarkan umatnya didakwah atau diajak oleh orang bukan Islam atau orang kafir adalah kerana tidak mahu kita jatuh semula dalam kebatilan dan kesalahan. Di sinilah ada undang-undang untuk menjaga kebenaran itu. Islam sayang kepada mereka yang beriman, menjaga mereka , sebab kebenaran adalah sesuatu yang perlu dijaga.

Bagi mereka yang sudah mendapat kebenaran dan cahaya yakni beriman, kemudian menolaknya, menggambil yang batil, mereka ini setelah dinasihati tapi terus mengkhianati kebenaran tersebut yakni Islam, maka wajarlah mereka dikategorikan sebagai pengkhianat. Dan pengkhianat kepada kebenaran ini wajarlah mendapat haknya... yakni perlu dihukum. Dalam mana-mana golongan pun, pengkhianat dalah lebih buruk dari musuh.

Sebab, musuh Islam mungkin belum menggenal apa itu kebenaran, tetapi pengkhianat adalah mereka yang menganiaya diri dan membahayakan orang lain, menggancam orang ramai dan Islam itu sendiri.

Apa yang kita ada sekarang dalam realiti di negara kita alah sedikit ruang yang tertinggal untuk dipertahankan.
Setiap muslim yang bercita-cita untuk murtad perlu menjalani proses tertentu untuk menyelamatkan akidah mereka yang mungkin terkeliru..dan realitinya tidak sedikit yang dapat diselamatkan.

Janganlah kita berpeluk tubuh.. masa untuk menjadi penonton atau orang yang tertidur tiada lagi...! Ketahuilah apa yang sedang berlaku di Mahkamah Persekutuan hari ini adalah masalah kita dan masa depan aqidah anak-anak kita.

Sila sebarkan berita ini kepada semua orang Islam kerana isu ini amat serius...

APAKAH PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB KITA?? KITA HANYA ADA DUA PILIHAN.....

1) MENYOKONG KUMPULAN ARTIKEL 11 SECARA TERBUKA ATAU SENYAP DENGAN TIDAK BERBUAT APA-APA.... ATAU BERSEKONGKOL DENGAN MEREKA.

2) MENENTANG KUMPULAN PELAMPAU INI (KUMPULAN ARTIKEL 11 )
SECARA TERSUSUN . MASING-MASING WAJIB MENJALANKAN TUGAS DIBIDANGNYA .

IMAM DAN KHATIB PERLU MENJELASKAN KEADAAN INI DI MIMBAR MASJID DAN CERAMAH, GURU DAN PELAJAR DALAM KELAS, ORANG RAMAI MENGHADIRI PERBICARAAN DI MAHKAMAH PERSEKUTUAN K. LUMPUR, MENULIS DAN NETTER MENGHEBAHKAN, NGO MENGUTIP TANDATANGAN DAN MENGHANTAR PETISYEN KEPADA YANG PARLIMEN , PERSEMBAHKAN KEPADA YANG DIPERTUAN AGONG DAN MAJLIS RAJA-RAJA YANG SEDANG BERSIDANG, MENGAJAK YANG BERHORMAT DAN MENTERI MEMAHAMI MASA DEPAN KITA .. DAN BANYAK LAGI.

Kalau pilihan anda adalah 1,
delete lah e-mail ini atau peramkan ia dalam mail box anda dan...

Kalau pilihan anda adalah 2,
FORWARD kan e-mail ini kepada sesiapa sahaja yang ada di dalam mailing address anda.
WASSALAMU'ALAIKUM, WA ALLAHU AKBAR.

Jangan Putus Asa Berdoa

Pesan Rasulullah: ‘Jangan putus asa berdoa’

DARIPADA Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda bermaksud:

”Allah sentiasa memperkenankan doa seseorang hamba selama doa itu tidak mengandungi (perkara) dosa, (perkara yang seperti)

memutuskan silaturahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan.”

Lalu Baginda ditanya oleh seseorang: “Apa maksudnya meminta dicepatkan?”

Jawab Baginda: “Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya:

”Aku berdoa, aku berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan.
Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa.”

(Hadis riwayat Muslim)

Sunday, October 15, 2006

~Selimut Putih~

From Blog Abdun Muazin

Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
( Ulang 2X )

Seluruh tubuh akan menggigil
Terbujur badan dan kedinginan
( Ulang 2X )

( Rangkap 3 )
Tak ada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara
( Ulang 2X )

Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela kita
( Ulang 2X )

Janganlah mahu dikenang-kenang
Engkau digelar manusia agung
( Ulang 2X )

Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa keranda diusung
( Ulang 2X )

Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan
( Ulang 2X )

Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman
( Ulang 2X )

( Ulang Rangkap 3 )

Kisah Dato' Azhar Mansor lagi - versi lain pula

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." (Al-Hujurat, ayat 6)

"Assalamualaikum,
Saya bertemu dengan perbincangan ini sewaktu membuat kajian mengenai isu murtad masyarakat Melayu Malaysia . Menarik perhatian saya membaca isu Dato' Azhar Mansor. Saya berani menyatakan di sini bahawa Dato' Azhar Mansor, Alhamdulillah adalah masih seorang Muslim.

Khabar-khabar angin mula bertiup pada tahun 2003 di internet yang menyatakan bahawa Dato' Azhar Mansor telah memeluk agama kristian dan sering mengunjungi gereja di PJ (musa Hitam juga dituduh pada tahun 2000 mengunjungi gereja tersebut). Khabar angin bertitik tolak daripada cerita bahawa sewaktu tiang layar Jalur Gemilang patah ketika dilanda ribut kuat di Cape Hope , Dato' Azhar hampir lemas dan Jalur Gemilang nyaris karam. Dato' Azhar berdoa memohon bantuan.

Menurut cerita yang di- sebarkan lagi, datanglah ikan lumba-Lumba yang membantu memberi haluan kepadanya dan pada waktu itu beliau nampak "Isa Al Masih" menjelma dan memberitahunya bahawa dia akan selamat. Seandainya peristiwa ini benar terjadi (Dato' Azhar bagaimanapun tidak pernah menghebohkannya) maka beberapa faktor yang perlu diambil kira, pertamanya ialah beliau telah belayar seorang diri selama hampir 100 hari pada ketika itu.

Keduanya sistem GPSnya dan system komunikasinya menerusi satelit telah beberapa ketika terputus ketika itu. Ketiga, fikirannya mungkin tidak menentu akibat keletihan, ketakutan dan mungkin pengaruh alkohol yang diambil untuk memanaskan badan di dalam suhu yang melampau.

Maka sebagai seorang yang terpelajar dan berasal dari Perlis dengan didikan agama yang seimbang dengan kebanyakan orang Melayu, apabila kembali waras, beliau berfikir. Jawapan yang lahir pertamanya, mungkin godaaan syaitan.

Keduanya jika benar "Al Masih" telah muncul maka tiada yang mustahil Sebagai seorang Islam kita percaya Nabi Isa a.s tidak mati dan akan pada suatu ketika muncul semula memimpin umat manusia ke arah kebenaran. Maka 'jika' Dato' Azhar menyampaikan insiden ini kepada Tun Dr. Mahathir, itulah juga jawapannya.

Jika sewaktu mengikuti pelayaran ke Antartika bersama Tun, beliau membisikkan kes ini kepada Dato' Dr. Hamid, begitu jugalah jawapannya.

Memang benar isterinya adalah bekas warga Filipina yang berasal dari agama Kristian Katholik.
Seterusnya, kita lihatlah rujukan masa. Berita 'murtad'nya beliau mula muncul pada tahun 2003. Dia dikatakan berceramah di Sabah dan sekarang timbul pula kononnya bukan Sabah tapi Sarawak .

Kemudian kenyataan rasmi pertama di laman web pro kristian yang mula terbit pada tahun 2003, memberitahu bahawa Dato' Azhar telah memberitahu Tun Dr. Mahathir tentang insiden yang berlaku dan hasratnya untuk meninggalkan agama Islam dan memeluk agama Kristian. Tun Dr. Mahathir menasihatkan Azhar menginggalkan Malaysia untuk meneruskan niatnya.

Jadi dikatakan bahawa di antara tahun 2003 dan 2004 Dato' Azhar telah berhijrah dan meninggalkan Malaysia . Ada laman web pro Kristian menyatakan bahawa Dato' Azhar berhijrah ke Kanada. Ada pula yang berkata ke Australia . Kalau benar beliau berhijrah, saya tidak percaya seorang pelayar akan ke Australia .

Saya pernah menemui beliau di KLCC dan bersama di dalam majlis berbuka puasa di sebuah restoran. Beliau hadir bersama isteri dan anak-anaknya. Pada ketika itu ialah pada tahun 2000. Kami ada berbincang ringkas tentang isu program televisyen.

Pada tahun 2003 saya menghubungi beliau di Langkawi. Dan saya boleh mengesahkan bahawa pada tahun 2003 beliau masih di Langkawi dan sibuk dengan projeknya di Telaga Harbour. Pada 25hb Disember 2004 (Beliau kononnya sudah berhijrah), sehari selepas Tsunami melanda Lautan Hindi, Dato' Azhar dan fotonya sekali telah mengisi beberapa ruang akhbar dan juga laman web berhubung kerosakan kepada Telaga Harbour .
Bahkan dilaporkan oleh media, bahawa kapal layarnya juga mengalami kerosakan bersama beberapa kapal layar lain.

Kesimpulannya, kita boleh menalipon Telaga Harbour dan bertanya sama ada Dato' Azhar di situ lagi atau sudah 'hilang'. Kita boleh ke Langkawi dan melihat sendiri sama ada itu Dato' Azhar atau tidak. Jika Dato' Azhar masih di situ maka ternyata kenyataan dalam laman web pro Kristian adalah salah dan bertujuan menipu orang Islam Malaysia .

Dato' Azhar pernah sekali memberi kenyataan ringkas kepada pihak tertentu menafikan bahawa dia telah meninggalkan Islam. Saudara saudari, Ini adalah dakyah Kristian. Dato' Azhar adalah wira negara. Dato' Azhar seorang yang berani dan kental.
Alangkah hebatnya cerita kemunculan "Jesus Christ" dan menghulurkan bantuan kepada wira Melayu.

Alangkah hebatnya dan berpengaruh jika wira Melayu meninggalkan agama Islam dan memeluk Kristian. Saya menasihatkan anda yang musykil menalipon sendiri Dato' Azhar di Telaga Harbour dan kalau anda pergi ke Langkawi, kunjungilah wira negara itu.

Doakanlah kepada Allah dikuatkan Imannya dan supaya dijauhi beliau dari segala yang boleh memudaratkan dirinya, pegangannya dan pegangan kita.

Ingatkah cerita mengenai Neil Armstrong? Bagaiman pendakwah kita bercerita bahawa beliau mendengar laungan Azan di Bulan. Kemudian beberapa tahun kemudian mendengar semula laungan azan itu di Mesir. Ilmuan Islam berpendapat laungan yang didengarinya adalah laungan malaikat. Beliau lantas memeluk Islam. Hebatnya cerita itu. tetapi Neil Armstrong tidak pernah memeluk agama Islam.

Beliau dikatakan memeluk Islam dan kini bermautautin di Beirut . Tidak. Beliau sebenarnya tinggal di Lebanon . Lebanon adalah nama sebuah pekan di Amerika Syarikat. Neil Armstrong pernah dilontarkan soalan itu sewaktu beliau berada di Malaysia dan kenyataannya keluar di dalam NST. Kata Neil Armstrong, beliau tidak berniat memperkecilkan islam, tetapi beliau tidak pernah memeluk Islam.

Terima kasih.
Sheih

----- Forwarded Message ----
Wednesday, October 11, 2006 9:32:04 AMSubject: ISU: Kisah Dato' Azhar Mansor lagi - versi lain pula.Forwarded from: Blalang Group.
-------------------------------------------------
Komen Saya,

1. Kemana badan-badan Agama seperti, Majlis Agama,Majlis Fatwa Kebangsaan dll? sepatutnya mereka inilah yg menjernihkan keadaan.

2. Dato' Azhar Mansor lah yg sepatut memberi kenyataan terbuka bukan Sheih.

3. Dalam kes Neil Armstrong Dia telah tiada (Ghaib/meninggal dunia) wallahhualam, jadi Allah saja yg Maha Mengetahui.

4. Penulis Sheih berkata.
"Saya bertemu dengan perbincangan ini sewaktu membuat kajian mengenai isu murtad masyarakat Melayu Malaysia . Menarik perhatian saya membaca isu Dato' Azhar Mansor.
Saya berani menyatakan di sini bahawa Dato' Azhar Mansor, Alhamdulillah adalah masih seorang Muslim".
( Siapakah dia Sheih ini??? Dari Majlis Agama manakah dia? Kenapa Dia berani Menyatakan hanya didalam Forum yg Dato' Azhar Mansor tidak murtad? kita tidak mengenalinya, bersama siapakah Tuan Sheih membuat kajian mengenai isu murtad masyarakat Melayu???.

Fikir-fikirkan lah jangan ditelan bulat-bulat, saya tidak memperkecilkan Saudara Sheih, mungkin kajiannya benar (Wallahua'lam) dan nasihat saya jagalah Akidah kita baik-baik.

Terima Kasih.

Saturday, October 14, 2006

Allah S.W.T telah menyembunyikan 6 perkara

Assalamualaikum wrt kpd sahabat2 ukhwatul muslimin dan muslimat...
Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:

Setelah Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah
menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?." Lalu Allah berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.

"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya 'Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih
sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?" Lalu Allah berfirman yang bermaksud.

"Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..." Kemudian Jibrail as meminta izin keada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia
mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud.

"Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa
perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

1. Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2. Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3. Allah S.W..T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4. Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5. Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat(yang 5 waktu)
6. Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahua'lam.....
Kalau rajin... Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...

Thursday, October 12, 2006

Malaysia diserang virus

Tahukah Anda?
Oleh: Penggali Kubur
E-mail: tok.siak@yahoo.com

Malaysia yang terkenal dengan Moto (Malaysia Boleh) kini diserang Virus Murtad dan Sex???

Kita sebagai pengguna internet secara tidak langsung telah di sogokkan dengan gambar-gambar lucah, ikon lucah, Ikon aksi mengada perhubungan sex, ikon salib, ikon syaitan/iblis yg mempunyai tanduk berbadan merah membawa serampang tiga mata dan tidak ketinggalan juga di web muslim space dengan mengisi borang Ahli/Member baru ada pilihan Agama seperti "Islam" atau "Islam Other" untuk menyesatkan aqidah kita sebagai Umat Muhhammad S.W.T. Apa lagi maksud dan tujuan disebaliknya???

Apa yg saya perhatikan member-member MySpace juga tidak segan silu atau bergurau barangkali meletakkan Ikon-Ikon Laknatullah dan sex. Apakah mereka tidak mengerti makna atau lebih tepat boleh dikatakan juga seolah-olah berbangga menggunakan ikon-ikon tersebut. Apakah dia itu IKON??? apakah anda juga teringin sangat berIkonkan Iblis dan Syaitan??? berIkonkan Salib??? dan berIkonkan Sex Haram???

Cuba kita amati pada iklan-iklan lain contohnya iklan "Pop-Up" apabila kita add member? Seks juga di'promote' di merata-rata di Wilayah Kuala Lumpur, Selangor dan tidak terlepas juga daerah Seremban, Johor dan coming soon di utara dan menjalar ke seluruh negara Malaysia seperti pemasangan tiang pemancar Signal handphone di Highway suatu ketika dulu.

Malah ia lebih memburukkan keadaan kerana serangan Virus Murtad dan Sex ini terus masuk ke rumah kita melalui talian Internet. Virus Agama ini juga merebak dengan satu klik saja terus terpampang di depan mata tanpa kita sedari atau tidak ia bertapak didalam minda dan hati pelayar Internet itu lalu mengotorkan hati (termasuklah saya).

Apakah kita boleh berbangga dengan orang Melayu "Islam" kita maju seperti itu? seperti memenangi sesuatu pertandingan, Laungan dan sorakan akan bergema disusuli ayat hikmat atau pekikan "Malaysia Boleh!!!" dengan usia yg setahun jagung ini juga saya tidak pernah terdengar atau mendengar istilah "Islam Other atau Muslim Other".

Maaf ya! Saya juga macam anda Ahli/Member MySpace yang nakal. Saya bukan penceramah Agama, Guru Agama dan lain-lain yg sewaktu dengannya berceramah untuk menasihati anda yang lebih cerdik pandai, bersekolah tinggi, bergaji besar, berpengetahuan luas dan juga pandai bertutur Bahasa Ingeris.

Saya hanyalah orang Kampung yang datang ke Bandar mencari sesuap nasi yang bernama Abdun Muazin yakni Hamba Allah dan berkerja sebagai PENGGALI KUBUR YG TAK BERTAULIAH (masih lagi dalam perhatian selama 3 bulan) mungkin esok atau lusa saya mungkin diberhentikan majikan kerana kurangnya Customer yg datang menempah tanah atau menempah batu nissan atau mungkin juga kerja-Kerja saya sebagai penggali kubur tidak begitu sempurna baginya.

Saya betul-betul sayangkan kerja ini kerana itulah satu-satunya kerja yang mampu saya lakukan dengan kelulusan sijil pelajaran yang ada. Walaubagaimana pun saya akan terus berusaha belajar memperbaiki kelemahan dan mendalami teknik menggali kubur kerana saya juga akan berada didalamnya.

p/s:

Saya pernah cuba, try, test masuk sekejap dalam liang lahad, kawan sekerja tutup dengan papan penutup tu... gelap, sejuk, lemas...dll rasa, tak boleh dibayangkanlah kalau tinggal lama-lama kat situ. Kalau ada sesiapa member My Space nak merasa demo di alam bazakarah dipersila datang ler.