Monday, September 11, 2006

TAMAK HARTA

(seperti yang diceritakan oleh Tuan Haji Muda Ibrahim)Semenjak memulakan kerja memandikan jenazah sewaktu berusia 18 tahun hingga sekarang, peristiwa yang benar-benar menginsafkan saya ialah memandikan jenazah yang badannya bengkak-bengkak dan lebam seperti kena belasah.Suatu hari kira-kira 10 tahun lalu, saya dipanggil untuk memandikan jenazah lelaki yang umurnya dalam lingkungan 60-an. Apabila saya bertanya anak-anaknya mengapa dia meninggal dunia, mereka cakap ayah mereka meninggal kerana sakit tua.Setibanya di rumah Allahyarham, sudah ramai yang menanti saya. Saya merasa lega kerana ada juga orang yang boleh membantu saya pada hari tersebut. Alhamdulillah...semua anak dan adik-beradiknya datang untuk melihat dan membantu menguruskan jenazah Allahyarham.Anak-anaknya mempersilakan saya masuk dan menunjukkan jenazah ayah mereka pada saya. Namun begitu, saya tersentak sebaik sahaja menatap jenazah Allahyarham.Saya perhatikan dari hujung rambut sampai ke hujung kaki, seluruh jasadnya membengkak dan terdapat kesan lebam seolah-olah ketika menemui ajal dia dihentak dengan sesuatu benda keras. Kesan lebam itu meninggalkan jalur merah kehitaman sebesar ibu jari yang menjalar di dada dan belakang badan Allahyarham.Saya tertanya-tanya mengapa terdapat kesan-kesan lebam pada badannya sehinggakan sesiapa yang melihatnya pastti merasa hairan. Apa yang benar-benar mengejutkan saya ialah kenapa badannya teruk sangat, macam orang kena pukul. Siapakah yang begitu zalim menganiaya Allahyarham sebegitu. Tetapi siapa pula yang sanggup belasah orang tua yang uzur sepertinya?Kesian saya melihatnya. Bukan saya seorang sahaja yang rasa hairan dengan keadaan Allahyarham, bahkan anak-anaknya juga mengadu pada saya kenapa jenazah ayah mereka berubah jadi sebegitu."Pak Da, tengoklah ayah kami ini, saya tak sanggup melihatnya, sedih hati saya..." kata salah seorang anak lelaki Allahyarham pada saya dengan nada yang sayu. Saya hanya mampu menyuruh dia bersabar kerana mungkin itu adalah ujian yang hendak Allah tunjukkan pada Allahyarham. Saya menjiruskan air sambil menggosok dan merata air ke seluruh tubuh Allahyarham. Memang saya dapat rasakan kesan bengkak dan lebam yang membonjol pada badan Allahyarham kerana saya tidak mengenakan sarung tangan seperti saya mandikan jenazah di hospital. Semasa memandikan Allahyarham, hati saya sayu kerana mengenangkan nasibnya sesudah meninggal dunia. Alhamdulillah, saya laksanakan tugas saya dengan sempurna sehinggalah Allahyarham siap saya kapankan. Tugas saya selesai setakat itu dan terlepaslah tanggungjawab fardu kifayah bagi mereka yang masih hidup.mengikut hukum faraid.Sebaliknya segala harta itu diboSesudah itu, sebelum pulang ke rumah, saya sempat berbual dengan waris terdekat Allahyarham dan bertanyakan perihal Allahyarham ketika hayatnya. Tujuan saya bertanya bukanlah sengaja mahu mencari keburukan peribadi Allahyarham, tetapi sekadar ingin mendapatkan kepastian kenapa jenazah Allahyarham bengkak-bengkak bagaikan dipukul.Mengikut cerita warisnya itu, Allahyarham adalah seorang yang terlalu tamak dengan harta pusaka yang diwarisi daripada arwah bapanya. Bapanya dahulu memang orang kaya dan banyak meninggalkan harta pusaka.Meskipun begitu, Allahyarham tidak menunaikan tanggungjawabnya mengagihkan harta-harta tersebut lot oleh Allahyarham seorang sedangkan adik-beradiknya yang lain tidak merasa langsung harta pusaka ayah mereka.Bukan setakat itu sahaja, anak-anak kandung Allahyarham pun tidak diendahkan dan turut tidak dapat merasa nikmat kesenangan yang dimiliki ayah mereka. Tetapi mujurlah ketika Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya, semua adik-beradik serta anak-anaknya datang dan sanggup menguruskan jenazah Allahyarham walhal semasa hidupnya mereka tidak mendapat layanan sewajarnya.Hati saya semakin gementar apabila mengetahui balasan bagi orang yang memakan harta yang bukan haknya. Bukan apa, saya takut nanti anak-anak saya jadi begitu. Akibat tamakkan harta, sanggup lupakan adik-beradik. Saya harap, janganlah anak-anak saya melakukan perbuatan seumpama itu. Kalau saya tinggalkan harta, biarlah anak-anak saya uruskan dengan baik. Ini kerana soal harta pusaka cukup sensitif, silap hari bulan keluarga jadi porak-peranda.Allah Maha Berkuasa, di dunia lagi. Dia tunjukkan balasan pada orang yang suka mengambil harta pusaka sebagai teladan bagi orang yang masih hidup. Saya sungguh insaf kerana apa yang saya cerita ini bukan dari orang lain, tetapi saya yang melihatnya dengan mata kepala saya dan menyentuhnya dengan tangan saya sendiri.

No comments: