Saturday, September 30, 2006

Perbezaan Jin, Iblis, Syaitan

Perbezaan jin, iblis, syaitan

SOALAN:

ADA sesetengah tidak percaya kewujudan jin, manakala yang lain pula mendakwa jin dan syaitan adalah sama. Begitu juga dengan iblis.

Apakah sebenarnya ketiga-tiga makhluk itu? Bagaimana pula dengan mereka yang mendakwa boleh melalui alam jin?

JAWAPAN:

KETIGA-tiganya, iaitu jin, iblis dan syaitan adalah antara makhluk ciptaan selain malaikat dan manusia. Menurut al-Quran, jin dicipta sebelum manusia (Q 15: 26-27) dan kedua-duanya menghuni dunia ini.

Nama jin diambil sempena asal kejadiannya yang tersembunyi daripada mata manusia, iaitu berasal daripada kata kerja ‘janna’ bermaksud tertutup, terselindung dan tersembunyi.

Jin tergolong dalam dua golongan, iaitu jin beriman dan jin kufur (Q72: 1-4; 14-15). Dikategorikan dalam jin kufur atau kafir ialah nama seperti Ifrit, Syaitan dan Qarin.

Iblis pula berasal daripada golongan jin seperti disebut dalam al-Quran: “Dan (ingatkanlah peristiwa) tatkala kami berfirman kepada malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam”: Lalu mereka sujud melainkan iblis; ia berasal daripada golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya...(Q 18: 50).

Manusia tidak mampu menguasai golongan jin. Bagi Nabi Sulaiman (as), baginda dapat menguasai jin kerana diberi anugerah berbuat demikian dan ia adalah antara mukjizatnya (Q 27: 17).

Justeru, manusia sewajarnya tidak berkawan dan mempercayai jin. Ini kerana mereka sentiasa mencuba sedaya upaya supaya manusia melakukan dosa besar sehingga syirik kepada Allah.

4 comments:

mashi halim said...

saya nk tanye, iblis dan syaitan adalah dikalangan jin??

lyana said...

assalamulaikum ustaq,

saya nak tahu adakah wujudnya syaitan/jin yg menyerupai manusia? bolehkah kita samakan dengan sikap atau perlakuan yg terpesong dr landasan agama.

Anonymous said...

salam..ape beza jin islam n jin kafir..jin kafir menyesatkan manusia n jin islam plak wtpe??adakah,jin membantu dalam khidupan kita...

Hamba Allah said...

Biar sye jwb..haha..ustaz x nk jwb,sye jwb...

muslimah sejati= sye x psti samaada syaitan n iblis itu dlm kalangan jin...tetapi yg sye pasti iblis itu ialah bapa kpd syaitan...ini bermaksud syaitan anak kpd iblis...

iyana= ye, mmg wujud syaitan/jin yg menyerupai manusia...itu bergantung kpd beriman atau x beriman jin tersebut...

Anonymous= jin islam sprti org islam, mereka solat n beribadah kpd Allah...jgn mengharapkn jin mmbantu hdup kita tpi haraplah drpd Allah yg mnciptakan kita...Jgn syirik