Saturday, September 09, 2006

Islam tegah umat melaknat

RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud:


“Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknat itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula.” (Riwayat Abu Daud) Maksud laknat ialah jauh daripada rahmat Allah SWT kerana kemurkaan-Nya. Selaku umat Islam yang dididik dengan ajaran mulia, kita dilarang daripada melaknat, bercakap keji atau hina serta mencaci maki orang atau makhluk lain yang tidak berdosa.

Oleh kerana laknat termasuk dalam perkara yang boleh membawa kebinasaan, kita hendaklah sentiasa berwaspada supaya terhindar daripada perbuatan keji yang menyebabkan kutukan masyarakat dan laknat Allah.

No comments: