Kalimat murtad di dalam al-Qur'an
Daripada lapan ayat al-Qur'an yang menyebut perkataan "murtad" di bawah ini, dapatlah diketahui maksud sebenar perkataan itu, di samping mendedahkan kepalsuan ajaran ulama yang menyatakan bahawa orang-orang yang murtad boleh dihukum bunuh.
2:217. Mereka menanyai kamu mengenai bulan haram dan berperang padanya. Katakanlah, "Berperang padanya adalah sesuatu yang berat, tetapi untuk menghalangi daripada jalan Allah, dan tidak percaya kepada-Nya, dan Masjidil Haram, dan mengusir penduduknya daripadanya, adalah lebih berat pada pandangan Allah; dan penganiayaan (fitnah) adalah lebih berat daripada pembunuhan."
Mereka tidak akan berhenti memerangi kamu hingga mereka memalingkan kamu daripada agama kamu, jika mereka boleh. Dan sesiapa daripada kamu berpaling (murtad) daripada agamanya, dan mati sedang tidak percaya, amalan mereka menjadi sia-sia, di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah orang-orang Api; di dalamya mereka tinggal selama-lamanya.
5:21. Wahai kaumku, masuklah Bumi Suci yang Allah menuliskan (menetapkan) untuk kamu, dan janganlah kembali (murtad) ke belakang kamu, untuk berbalik sebagai orang-orang yang rugi."
(kata Nabi Musa)
5:54. Wahai orang-orang yang percaya, sesiapa antara kamu yang berpaling (murtad) daripada agamanya, maka Allah akan mendatangkan satu kaum yang Dia mencintai, dan mereka mencintai-Nya; rendah diri terhadap orang-orang mukmin, keras terhadap orang-orang yang tidak percaya; mereka berjuang di jalan Allah, dan tidak takut akan celaan mana-mana pencela. Itulah pemberian Allah; Dia memberinya kepada siapa yang Dia mengkehendaki; dan Allah Merangkumi, Mengetahui.
(diganti dengan kaum lain)
12:96. Tetapi apabila pembawa berita gembira datang kepadanya (bapa Nabi Yusuf) dan melemparkannya (baju Yusuf) ke mukanya, dia kembali (murtad) dapat melihat. Berkata, "Tidakkah aku mengatakan kepada kamu bahawa aku mengetahui daripada Allah apa yang kamu tidak tahu?"
14:43. Apabila mereka berlari dengan menjulurkan leher, dan kepala tercancang, gerlingan mereka tidak kembali (murtad) kepada mereka, dan hati mereka kosong.
(orang zalim di akhirat)
18:64. Berkata, "Inilah yang kita cari!" Maka mereka kembali (murtad) kepada kesan-kesan jejak mereka, dengan mengikutinya.
(kisah Nabi Musa)
27:40. Berkata yang mempunyai pengetahuan al-Kitab, "Saya akan mendatangkannya kepada kamu sebelum gerlingan mata kamu kembali (murtad) kepada kamu." Kemudian apabila dia melihatnya menetap di hadapannya, dia berkata, "Ini adalah daripada pemberian Pemeliharaku untuk menguji aku, sama ada aku bersyukur (berterima kasih), atau aku tidak berterima kasih (kafir). Sesiapa berterima kasih hanyalah berterima kasih untuk dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak berterima kasih - sesungguhnya Pemeliharaku Kaya, Mulia."
(kisah Nabi Sulaiman)
47:25. Orang-orang yang kembali (murtad) ke belakang mereka setelah petunjuk menjadi jelas bagi mereka, syaitanlah yang menghasut mereka, dan memanjangkan angan-angan mereka.
(setelah petunjuk al-Qur'an menjadi jelas)
No comments:
Post a Comment