Ucaptama IBLIS Kepada Warga Neraka
Menurut sebuah hadith, diterangkan bahawa di neraka disediakan sebuah mimbar dari api untuk iblis. Dia dipakaikan pakaian dari api, mahkota dari api dan diikat dengan tali dari api.
Kemudian dikatakan kepada Iblis : “Wahai Iblis, naik ke atas mimbar dan bersyarahlah kepada ahli neraka”. Lalu Iblis berkata :
“Wahai para penghuni neraka !” beliau terus berkata :
“Wahai orang-orang KAFIR dan orang-ornag munafiq, sesungguhnya Allah SWT telah menjanjikan kepada kamu dengan janji yang benar bahawa kamu semua akan mati, akan dihalau dan dihisabkan dan menjadi dua kumpulan, satu ke syurga dan satu ke neraka Sa’ir.”Tambah Iblis lagi:
“Kamu semua menyangka bahawa kamu tidak akan meninggal dunia, bahkan kamu menyangka akan tetap berada di dunia. Tidaklah ada kekuasaanku ke atas kamu semua melainkan aku hanya menganggu kamu.
Akhirnya kamu semua mengikutku, maka dosanya untuk kamu. Oleh yang demikian, janganlah kamu mengumpat dan mencaciku, sebaliknya umpatlah dirimu sendiri kerana sesungguhnya kamu sendirilah yang lebih berhak mengumpat daripada aku yang mengumpat”.
Berkata iblis lagi:
“Mengapakah kamu tidak menyembah Allah, sedangkan Allah SWT yang menciptakan sesuatu ?”.Seterusnya Iblis berkata:
“Hari ini aku tidak dapat menyelamatkan kamu semua dari siksa Allah, kamu juga tidak dapat menyelamatkan aku. Sesungguhnya pada hari ini aku melepaskan diri dari apa yang telah aku katakan kepada kamu semua, sesungguhnya aku telah diusir dan ditolak dari rahmat Tuhan Sekelian Alam”.
Lalu Iblis itu dipukul oleh Malaikat Zabaniyah dengan tombak dari api dan dia jatuh ke tempat yang paling bawah. Dia kekal bersama-sama pengikutnya di neraka.
Malaikat Zabaniyahpun berkata :
“Tidak ada kematian bagi kamu semua dan tidak pula bagimu kesenangan, kamu kekal di dalamnya buat selam-lamanya”.
No comments:
Post a Comment