Wang yang dijumpai tidak boleh diambil
SOALAN
SAYA pernah beberapa kali menjumpai wang di tengah jalan yang jauh dari rumah orang. Biasanya jumlah wang itu tidak melebihi RM10. Bolehkah saya ambil wang itu atau biarkannya di situ? Adakah ia haram digunakan? Jika diambil, bolehkah digunakan untuk membeli makanan atau keperluan lain?Bagaimana pula jika wang berkenaan disedekahkan ke tabung masjid? Apakah yang perlu dilakukan jika menjumpai wang seperti itu?
JAWAPAN
Wang yang dijumpai di jalanan sebenarnya bukan milik kita dan jika diambil untuk kegunaan sendiri seperti membeli makanan atau keperluan, ia sama seperti mencuri atau membelanjakan wang yang haram.Jika tidak mahu dibiarkan kerana khuatir akan membazir dengan rosaknya wang berkenaan di jalanan, ia boleh diambil untuk diiklankan mencari tuannya atau disedekahkan pada tabung masjid dengan niat disampaikan pahalanya pada tuan empunya wang. Bagaimanapun, jika ditakdirkan tuan empunya mendakwa miliknya, mestilah kita maklumkan mengenai sedekah ini.
No comments:
Post a Comment