Saturday, September 09, 2006

CERITA AYAH NOR'AISHAH

Saya, BOKHARI BIN MD. TAHIR, adalah ayah kandung kepada NOR'AISHAH BINTI BOKHARI.

Nor'Aishah berumur 25 tahun dan sejak lulus Diploma In Banking, dari Institut Teknologi Mara (ITM) dia bekerja di sebuah bank di Jalan Ampang dan tinggal dengan kakaknya di Lembah Keramat, Kuala Lumpur. Saya dan anak saya adalah orang Melayu beragama Islam.

Pada pagi hari Rabu 19 November 1997 saya telah menerima panggilan telefon daripada Nor'Aishah (ketika itu saya berada di rumah saya di Pontian, Johor) yang memberitahu saya bahawa dia hendak memeluk agama Kristian Katholik. Dia juga memberitahu dia sedang berada di alamat 492, Jalan Semarak 10, Taman Panchor Jaya, Seremban.

Saya, isteri saya (ibu kandung Nor'Aishah) dan abang Nor'Aishah bergegas pergi ke Seremban pada petang itu juga. Kami mendapati keadaan Nor'Aishah sangat lemah, letih dan sugul. Di rumah tersebut ada seorang wanita separuh umur berbangsa India bernama Puan A yang kami percayai adalah tuan rumah tersebut.

Apabila nyata Nor'Aishah nampak keliru setelah mendengar nasihat dan peringatan dari kami, wanita tesebut lantas memberi perangsang serta dorongan kepada Nor'Aishah antaranya bahawa dia sudah dewasa dan mempunyai hak untuk memilih agamanya sendiri.
Dalam pada itu Nor'Aishah sentiasa merenung gambar Jesusu yang tergantung di dinding rumah tersebut sambil mengucap sesuatu secara perlahan. Nor'Aishah enggan mengikut kami pulang dan meminta kami pergi ke pejabat seorang peguam di penabatnya dekat Jalan Imbi, Kuala Lumpur. Dia berkata peguam tersebut sedang menasihatinya bagaimana hendak menukar agamanya ke Kristian.

Keesokannya 20 November 1997 kira-kira jam 11.00 pagi kami telah pergi ke pejabat peguam tersebut. kami telah terserempak dengan Nor'Aishah di bawah bangunan pejabat peguam tersebut. Bersama-samanya adalah Puan A dan dua orang lelaki Cina. Saya kemudiannya mendapat tahu bahawa seorang adalah anaknya bernama Mr J dan seorang lagi menantunya bernama Mr M.

Saya telah menarik Nor'Aishah mengikuti saya. Kekecohan berlaku apabila lelaki-lelaki tersebut cuba menghalang saya. Kebetulan sebuah kereta peronda polis lalu berdekatan dan mereka telah melerai kami. Saya kemudiannya telah membawa Nor'Aishah pulang ke Johor Bharu.
Nor'Aishah memberithau bahawa pada 22 Oktober 1997 menerusi peguam Mr L tersebut dia telah mengikrarkan suatu Surat Akuan dia ingin meninggalkan agama Islam untuk memeluk agama Katholik dengan mengambil nama Aishah Felicia Bokhari. Nor'Aishah juga memberitahu bahawa dia telah berhenti kerja pada 29 Oktober 1997.

Setelah mendapat nasihat dari pihak-pihak bertanggungjawab dan setelah Nor'Aishah nampak pulih dan bertaubat saya telah membawa dia ke Pejabat Agama, Johor Bharu di mana Nor'Aishah mengakui bahawa dia membuat Surat Akuan tersebut ketika menghadapi tekanan mental dan psikologi. Oleh kerana kami inginkan Nor'Aishah betul-betul insaf kami tidak mengenakan sebarang tekanan ke atasnya dan turut memberinya kebebasan menghubungi kawan-kawan dan saudara-maranya.

Semasa Nor'Aishah berada di pangkuan keluarganya, Mr L telah mengambil tindakan Habeas Corpus terhadap saya, isteri saya, anak lelaki saya dan adik lelaki saya mendakwa kami menahan dan mengurung Nor'Aishah secara salah. Mr L sendiri yang mengikrarkan afidavit untuk permohonan ini dan tindakan di failkan oleh seorang peguam lain.

Antara lainnya Mr L menyatakan bahawa dia 'dilantik untuk memberi nasihat kepada Nor'Aishah berkenaan pertukarannya kepada agama Kristian' dan untuk tujuan itu ' telah menyediakan satu Surat Akuan untuk beliau (Nor'Aishah) menolak dan meninggalkan agama Islam'.

Mr L juga menegaskan bahawa Nor'Aishah mempunyai hak dan kebebasan untjuk menganut agama pilihannya. Pada 30 November 1997 kira-kira 8.00 malam Nor'Aishah telah keluar dari rumah saya dan sejak dari itu telah menghilangkan dirinya.

Melalui peguamnya, kami mendapat tahu bahawa Mr J yang mengakui sebagai tunang Nor'Aishah telah menelefon beliau pada hari yang sama memberitahu bahawa Nor'Aishah telah dapat melarikan dirinya dari rumah saya. Mr J juga mengatakan bahawa Nor'Aishah berada di tempat yang selamat dan tersembunyi.

Sehingga sekarang saya tidak tahu di mana Nor'Aishah berada dan bagaimana keadaan keselamatan dan kesihatannya. Mr J adalah seorang Penolong Pengurus (Asst. Manager) di sebuah bank dekat Jalan Ampang tetapi tidak dapat dihubungi kerana dia telah mengambil 'cuti panjang' sejak akhir tahun 1997 sehingga sekarang.

Mr J dalam laporan polisnya mengenai kejadian di bangunan syarikat guaman itu telah menyatakan bahawa Nor'Aishah ingin keluar Islam dan akan berkahwin dengannya. Bagaimanapun yang menghairankan Nor'Aishah tidak pernah memberitahu kepada keluarga saya termasuk kepada kakaknya akan perkara ini.

Atas apahal sekalipun sekiranya benar Nor'Aishah ingin berkahwin dengan Mr J, saya tidak akan menghalangnya tetapi mr J dan keluarganya hendaklah menghormati undang-undang dan gama Islam bukannya dengan cara mempengaruhi anak saya untuk meninggalkan Islam dan memeluk agama Kristian.

Semasa bersama kami Nor'Aishah memberitahu bahawa ibu Mr J, Puan A banyak memberi pengajaran agama Katholik kepadanya. mereka juga telah membawa Nor'Aishah ke gereja di Seremban beberapa kali. Di gereja tersebut Nor'aishah berjumpa dengan beberapa orang gadis Melayu-Islam.

Tindak-tanduk Mr J dan keluarganya akan menjejaskan hubungan harmoni diantara kaum di negara ini dan berkemungkinan akan mencetuskan perkara-perkara yang tidak diingini kelak. Saya merayu kepada Nor'Aishah agar insaf dan kembali ke Jalan Allah. kami amat menyayanginya dan bersedia membimbingnya. Jangalnah kerana menurut hati Nor'Aishah membuang segala-galanya, dunia dan akhirat.

Kepada Mr J dan keluarganya saya merayu sebagai seorang ayah dan seorang insan janganlah putuskan kasih sayang kami dengan anak kami. Nor'Aishah mempunyai ayah dan ibu serta adik-beradik dan saudara mara yang lain. Berilah nasihat yang membina dan bukannya untuk menghancurkan keluarga kami.

PETIKAN:-AKHBAR AL-HARAKAH (Keluaran Jumaat 24 Ramadhan 1418/23 Jan 1998)

3 comments:

Unknown said...

is it possible for me to contact his father?

Unknown said...

is it possible for me to contact his father?

JasonRMJ said...

ask the people in Johor Bahru,presumably rural or village areas, they might know them and help you seek them....