Sunday, September 17, 2006

Pope Benedict XVI mesti memohon maaf

NEW YORK 16 Sept. – Pope Benedict XVI mesti memohon maaf “secara mendalam yang berupaya memujuk” atas tindakannya menggunakan petikan yang menggambarkan Islam sebagai “jahat dan tidak berperikemanusiaan.”
Dalam ulasan lidah pengarangnya hari ini, akhbar The New York Times berkata, “dunia mendengar dengan teliti setiap ucapan disampaikan oleh mana-mana pope.
“Adalah satu perbuatan tragis dan berbahaya sekiranya beliau menyinggung perasaan seseorang, sama ada secara sengaja atau secara cuai.
Pope Benedict perlu memohon maaf secara mendalam yang berupaya memujuk golongan yang tersinggung dengan ulasannya,” kata akhbar itu.
Akhbar itu berkata, bukanlah kali pertama beliau mencetuskan pergeseran di antara masyarakat Islam dan Kristian.
Jelas akhbar itu, sewaktu menjadi ahli teologi Vatican, Pope Benedict telah membuat ulasan pada 2004 yang menentang penyertaan Turki dalam Kesatuan Eropah (EU) kerana, sebagai sebuah negara Islam, “pendiriannya sentiasa bertentangan dengan Eropah.”
Dalam pada itu, akhbar utama Arab Saudi, Al-Riyadh memberi amaran bahawa kenyataan Pope Benedict boleh menyebabkan perangan besar antara masyarakat beragama Islam dan Kristian.
Ia meminta umat Islam memberi respons dengan menunjukkan mereka adalah masyarakat bertolak ansur.
– Reuters

1 comment:

Palmdale Painters said...

Hello mmate great blog