Kejujuran Ali pikat musuh peluk Islam
PEMILIKAN harus diserahkan kepada yang berhak meskipun dia musuh.Ketika menjadi khalifah, Ali ra menemukan baju besi (baju perang) miliknya di tangan seorang Nasrani, tetapi orang Nasrani itu tidak mengakuinya.Selaku rakyat, Ali mengadukan hal itu kepada ketua pengadilan. Pada waktu persidangan, dia dipanggil si hakim dengan panggilan Amirul Mukminin. Ali tidak senang mendengar panggilan ini. Dia menolak panggilan itu kerana pada waktu persidangan kedudukannya sebagai pendakwa sama seperti yang didakwa. Dia menyedari persamaan kedudukan antara pendakwa dan tertuduh di hadapan hakim adalah suatu langkah menuju keadilan.Ali ra mendakwa orang Nasrani dengan mengatakan bahawa baju besi itu miliknya dan dia tidak pernah memberinya atau menjualnya kepada simpanan.Hakim Syuraih bertanya kepada tertuduh, ?Apa jawapanmu terhadap dakwaan itu??Orang Nasrani itu menjawab,? Baju besi ini milikku dan bagiku Amirul mukmimin bukanlah pembohong.?Hakim Syuraih bertanya kepada Ali ra, ?Apakah anda punya bukti??Ali tersenyum dan berkata, ?Tepat pertanyaan, hakim aku tidak mempunyai bukti.??Oleh sebab Ali tidak memiliki bukti maka sidang pengadilan memutuskan baju besi berkenaan milik orang Nasrani itu. Selepas persidangan selesai, orang Nasrani kembali bertemu Ali r.a. Dia berkata, ?Aku bersaksi bahawa ini adalah pengadilan para nabi. Amirul Mukmimin menuntut aku melalui hakimnya dan mengalahkannya. Sejak saat ini saya bersyahadat tidak ada Tuhan kecuali Allah dan bahawa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya. Baju besi itu milikmu, ya Amirul Mukmin. Aku mengambil baju besi ini daripada untamu yang kelabu ketika engkau dan pasukanmu hendak berangkat ke Shifin.?Ali kemudian berkata, ?Kerana kamu masuk Islam maka baju ini untukmu.? (HR Attirmidzi, Alhaakim).Banyak orang menyaksikan orang Nasrani itu kemudian menjadi tentera yang setia kepada Ali ketika berperang melawan kaum Khawarij yang memberontak dan memerangi Ali dalam pertempuran Annahrawan, dia berkata:?Biarlah Aku yang Menghadapinya, ya, Rasulullah.?Dalam Perang Khandak kaum Musyrikin yang berjumlah 24,000 perajurit mengepung kota Madinah dengan ketat dan berusaha menyerbu masuk. Namun, parit yang digali kaum Muslimin sekitar Madinah menghalangi usaha mereka.Selepas beberapa kali mereka berusaha masuk, beberapa orang kaum musyrikin akhirnya hasil menerobos masuk melalui celah pertahanan yang lemah. Pasukan berkuda mereka dipimpin oleh seorang lelaki yang kuat bernama Amru bin Wudd.Amru bin Wudd berteriak dan berseru, ?Ayuh, apa ada yang siap berlawan??Mendengar cabaran ini Ali minta izin kepada Nabi SAW untuk menghadapinya. Mula-mula Nabi SAW mencegahnya, tapi kerana Ali terus mendesak maka akhirnya Baginda mengizinkannya.Dalam sekejap mata Ali berhadapan dengan Amru bin Wudd dan Ali berseru kepadanya, ?Aku mengajak kamu ke jalan Allah, ke jalan Rasulullah dan kepada Islam.?Amru bin Wudd menjawab dengan angkuh, ?Aku tidak memerlukan itu semua.?Ali berkata; ?Kalau demikian aku mengajak kamu bertempur.?Amru bin Wudd menjawab; Mengapa hai anak saudaraku demi berhala Allaata aku tidak ingin membunuhmu.?Namun, Ali menjawab; ?Tapi demi Allah, aku ingin membunuhmu.?Cabaran Ali membangkitkan semangat Amru bin Wudd. Ia menikam kudanya dengan pedangnya dan menyerang Ali dengan bengis. Namun, Ali menangkis dengan sekuat tenaga dan menikam pedangnya ke tubuh Amru. Selepas peristiwa itu, Ali kembali kepada barisan Muslimin.Maka tidak menghairankan bila Ali dikenal sebagai orang yang tidak dapat dikalahkan lawan.
No comments:
Post a Comment