Thursday, September 07, 2006

Kisah Rasulullah sebagai pengajaran

Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluankeluarga mahupun untuk dijual.Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siapdi masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunyauntuk membantu isterinya di dapur.Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliauselalu membantu urusan rumahtangga.Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dancepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang."Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat laparwaktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yangmentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabibertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilanmesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan')Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahaiRasulullah." Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hariini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukulisterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?" Lantassoalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala.Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia." "Aku tidakbertanya alasanmu," sahut Nabi s. a. w. "Aku menanyakan mengapa engkaumemukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baikdan lemah lembut terhadap isterinya." Prihatin, sabar dan tawadhuknyabaginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskankedudukannya sebagai pemimpin umat.Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh parasahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amatsukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olahsendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu samalain.Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsungbertanya setelah selesai bersembahyang,"Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yangamat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?""Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.""Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olahsendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin tuan sedang sakit..." desakUmar penuh cemas. Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabatamat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kainyang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulahyang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda."Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punyamakanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?" Lalu baginda menjawabdengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkaukorbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAHnanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?""Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidakada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan diAkhirat kelak."Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorangtua yang penuh kudis, miskin dan kotor.Hanya diam dan bersabar bila kainrida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekasmerah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuhtempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur denganlembut perbuatan itu.Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yangsudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikansebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupundalam keseorangan.Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagiberdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakanpernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuanjiwanya yang tinggi. Biladitanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engaku telahdijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payahbegini?" Jawab bagindadengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba?Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."Rasulullah s. a. w. bersabda,"

SAMPAIKANLAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONGAYAT.."

2 comments:

Anonymous said...

Ya Allah..sungguh mulianya kekasihMU..pupukkanlah perasaan kasih sayang,cinta dan rindu ini pd kekasihMU dan padaMU jua..

-sebaik2 hamba Allah yang patut diteladani dan dicontohi adalah Rasulullah..

Anonymous said...

alhamdulillah...barsyukur menjadi umat nabi muhammad saw