Thursday, September 07, 2006

Kitab Allah dan sunah Rasulullah

Firman AllahDipetik dari Al-Qur’an dan hadis nabi
“Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat” selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu Kitab Allah dan sunah Rasulullah”. (s.a.w) (imam malik )Kira-kira 1400 tahun yang lampau wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepada Nabi Muhamad s.a.w, melalui Malaikat Jibril A.S ketika baginda berada di Gua Hira’ iaitu wahyu yang menjadi kunci pembuka pintu pendidikan yang seluas luasnya.Wahyu tersebut berbunyi;IQRA’….Ertinya: “Bacalah (wahai Muhamad ) dengan nama TuhanMu yang menciptakan ( sekalian makhluk ) . Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah dan TuhanMulah yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, ( Surah Al-Alaq a.1-5).Firman Tuhan: “Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau Muhamad berjaya menguasai negeri Mekah ).Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai”.(Surah An-Nasr a.1-2).Berkata Ibbnu Abbas; “Ini adalah Rasulullah, pemimpin pasukan berpanji hijau.”Jawab nabi “Alhamdulillah yang telah memberi petunjuk padamu kepada islam, orang semacam kamu tak pantas tak kenal kepada islam”.Panji-panji /bendera-bendera islam nabi Muhamad Laillahaillallah muhamadarasulullah bendera hijau. Panji-panji islam zaman kalifah Usman bin AffanSabda nabi: Bani Israil berpecah belah kedalam 72 firqah dan akan berpecah-belah umatku kedalam 73 firqah, semuanya akan masuk Neraka kecuali satu. Orang banyak bertanya firqah yang mana ya Rasulullah? Rasulullah menjawab: yaitu firqah yang ada dimana saya berada dan sahabat-sahabat saya. (73 firqah semuanya masuk Neraka, kecuali satu firqah saja ahli Syurga, iaitu (Orang2 yang mengambil Qur’an dan sunah sebagai panduan hidup, jalan lurus.) Firman Tuhan : “Allahlah pelindung orang-orang yang beriman, yang mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya, dan orang-orang kafir penolong mereka ialah thagut (syaitan) yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan”. (Surah Baqarah).Firman Tuhan: “ Ingatlah maka barang siapa hatinya dibuka oleh Allah kepada islam, maka ialah yang mendapat Nur dari TuhanNya. tetapi jika kamu tergelincir dari (jalan Allah, sesudah datang kepadamu kebenaran, maka ketahuilah bahawasanya Allah Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana”.(Qur’an)Firman Tuhan: “Yaitu orang-orang yang menjadikan Agama mereka sebagai main-main dan senda gurau, dan kehidupan dunia telah menipu mereka, maka pada hari ini, (kiamat) kami melupakan mereka sebagaimana mereka melupakan pertemuan mereka dengan hari ini .”(Qur’an)Firman Tuhan “Iaitu orang-orang yang memecah belahkan Agama mereka, dan mereka menjadi beberapa golongan, tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka”. (Surah Ar-Rum ).Firman Tuhan “ Wahai orang-orang yang beriman ! Mahukah kamu aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab Seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya , serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (Dengan itu ) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu kedalam taman-taman yang mengalir dibawahnya beberapa buah sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam syurga “ ‘Adu’”. Itulah keberuntungan yang besar.(Surah As-Saff a.10-12)Firman Tuhan: “ Yang mereka sembah selain dari Allah itu, tidak lain hanyalah menyembah berhala, dan (dengan menyembah berhala itu ) mereka tidak lain hanyalah menyembah syaitan lagi durhaka”.( Qur’an). Firman Tuhan: “ Hai orang-orang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang yang kafir menjadi pemimpin, bukan dari orang yang beriman. Inginkah kamu supaya Allah membuat alasan yang terang menyalahkan kamu? ( Qur’an).BERITA DARI ALAM GHAIB.KEADAAN MANUSIA KETIKA DIPADANG MAHSYAR.Setelah selesai penghalauan seluruh manusia ke Padang Mahsyar dihari kiamat itu, jadilah manusia-manusia itu dalam satu arena yang sangat luas. Di situ semua manusia berkumpul iaitu sejak zaman Nabi Adam hingga manusia yang paling akhir dimatikan.Mereka semua disuruh berbaris dan menunggu satu pemeriksaan yang menakutkan dalam Persidangan Mahkamah Allah . Masing-masing diliputi rasa takut dan khuatir, sedih dan gelisah , binggung, bimbang dan panik. Masing-masing menyesal diri dan tertanya-tanya, ke neraka manakah aku ini.Bagi mereka yang berbuat dosa di dunia ini akan menanti dengan penuh rasa debar dan gementar kalau boleh mahu dihidupkan semula didunia dan mahu jadi hamba yang taat dan patuh dengan hukum-hakam Allah. Tapi apakan daya nasi sudah menjadi bubur. Kini mereka menanti apakah pembalasan yang akan Allah timpakan.Dalam upacara diPadang Mahsyar, semua manusia akan berbaris dan berkumpul dengan pemimpin-pemimpin yang mereka ikuti sewaktu hidup didunia dahulu. Sebagaimana telah diditegaskan dalam firman Allah yang berbunyi ;“ Ingatlah suatu hari ( yang dihari itu ), kami panggil tiap umat dengan pemimpinya”Di perhimpunan agung Padang Mahsyar itu akan dipasang bendera, sepanduk dan panji-panji sebagai tanda pengenal golongan umat manusia. Bendera dan panji-panji itulah yang disebut “ Liwaul hamdi ’’ iaitu bendera pujian . Umat Islam akan berbaris dengan beberapa barisan dibawah panji-panji, sesuai dengan apa yang telah mereka taati dalam hidupnya.Apakah ia ahli yang jujur, seorang zalim, zuhud, dermawan , syuhada, qari, muadzin dan sebagainya, ini semua akan ada panji-panjinya dan pemimpin-pemimpinya sendiri.Dalam satu riwayat bahawa Rasulullah s.a.w ditanya tentang bendera pujian mengenai panjang dan lebarnya. Maka baginda bersabda; “ Panjangnya dapat di tempuh 1000 tahun, dimana tertulis ‘ Laillaha illallah muhamadarasulullah ‘. Dan lebarnya antara langit dan bumi.. Adapun bahanya dari yakut yang merah, tiangnya dari perak yang putih dan zabarjut yang hijau. Ia mempunyai tiga buah menara dari Nur ( cahaya ). Satu cahaya kearah Timur, satu cahaya ditengah-tengah dunia dan yang satunya berada di arah barat. Pada menara itu tertulis 3 baris; Baris pertama tertulis;‘ Bismillahir Rahman Nir Rahim’ Ertinya: Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyanyang.Baris kedua tertulis; ‘Alhamdulillah hirabbil Alamin’ –Ertinya; Segala puji bagi Allah seru sekelian Alam.Baris ketiga tertulis ;‘Laillaha illallah muhamadarasulullah’ –Ertinya; Tiada Tuhan selain Allah dan Muhamad adalah utusan Allah.Adapun setiap baris jaraknya dapat ditempuh 1000 tahun . Disamping terdapat 70,000 bendera. Setiap satu bendera dibawahnya terdapat 70,000 barisan malaikat, setiap barisan terdiri dari 50,000 melaikat yang sama bertasbih kepada Allah dan memaha sucikannya”.Perlu dimaklumi bahawa sifat-sifat dan keadaan ‘Liwaul Hamdi’ ini mungkin banyak menimbulkan pertanyaan bagi akal. Namun kerana itu adalah satu hal yang ghaib, maka Allahlah yang Maha Mengetahui sebenarnya dan Maha Kuasa atas segala sesuatu.Imam Al-jurjani menerangkan makna ‘Liwaul Hamdi’ . Bendera pujian berada pada kekuasaan Allah. Bahawasanya berdera itu dipasang pada sisi Nabi Muhamad s.a.w. Adapun para mukmin berada di kanan kiri bendera Nabi, sedangkan orang kafir berada dalam azab sengsara bersedia untuk menjadi kayu bakar api neraka selama bendera itu dipasang dan berkibar. Jika bendera itu dipindahkan, maka dikala itu orang-orang kafir akan dihalau untuk terjun ke dalam neraka. Waliya Zubillah..Bendera-bendera itu akan dipegang oleh pemimpin-pemimpin kebenaran dan dibawahnya terdapat barisan-barisan pengikutnya. Bendera itu di pasang dan dikibarkan oleh :Bendera Pertama- Bendera KebenaranBendera ini akan dikibarkan oleh Sayidina Abu Bakar As Siddiq. Bagi semua orang yang benar dan jujur dan akan berada di bawah naungan panji-panji ini.Bendera Kedua- Bendera FuqahaBendera ini akan dikibarkan oleh Sayidina Muaz bin Jabal r.a . Bagi semua orang yang alim fiqih akan berada dibawah naungan panji-panji ini.Bendera Ketiga- Bendera ZuhudBendera ini akan di kibarkan oleh Sayidina Abu Dzar r.a . Bagi semua manusia yang menjiwai dan hidup cara Zuhud akan berada dibawah bendera ini.Bendera Keempat- Bendera DermawanBendera ini akan dikibarkan oleh Sayidina Usman bin Affan r.a . Bagi semua para dermawan akan berada dibawah bendera ini.Bendera kelima- Bendera SyuhadaBendera ini akan di kibarkan oleh Sayidina Ali r.a. Bagi setiap orang yang mati syahid akan berada di bawah bendera ini. Bendera Keenam – Bendera Qurra’ Bendera ini akan di kibarkan oleh Ubbaya bin Kaab r.a . Bagi setiap para Qarri akan berada dibawah bendera ini.Bendera Ketujuh- Bendera MuadzinBendera ini akan di kibarkan oleh Sayidina Bilal r.a. bagi semua para Muadzin akan berada dibawah bendera ini.Bendera kelapan- Bendera ini bagi orang yang dibunuh secara aniaya. Bendera ini akan dikibarkan oleh Sayidina Hussain r.a. Bagi orang yang dibunuh dengan aniaya akan berada di bawah bendera ini.KISAH BENAR DARI KITAB HADIS.MATINYA ANAK PENGHALANG.Pada usianya yang senja , Samnun mengahwini wanita. Alhamdulillah dia dianugerahkan seorang anak perempuan yang comel. Dapat dibayangkan bertapa cintanya dia kepada anaknya yang ketika itu usianya tiga tahun.Pada suatu malam dia bermimpi hari kiamat telah tiba. Dilihatnya bendera masing-masing Nabi dan para Waliuallah dengan sinarnya menjulang ke ufuk. Suatu barisan dari orang-orang yang mencintai Allah S.W.T secara ikhlas dari segala-galanya.Larilah Samnun masuk kedalam barisan itu, tetapi tiba-tiba Melaikat menariknya keluar dari barisan. “ Aku mencintai Allah, dan ini barisan orang- orang yang mencintainya. Mengapa aku dihalang masuk? “Tanya Samnun.” Anda memang termasuk orang yang mencintai Allah, tetapi setelah anda dianugerahi seorang anak engkau telah lupa kepadanya. Kau lebih mencintai anakmu daripada mencintai Allah. Namamu telah ku hapuskan dari barisan ini.”. Jawab Melaikat.Menyesallah Samnun mendengar jawapan itu seraya berdoa “Ya Allah, jika anakku menjadi penghalang dariku lebih dekat dan mencintaiMu, maka lebih baik kau ambil saja anakku”Tiba- tiba Samnun terbangun kerana mendengar suara ramai, celaka-celaka. Ketika di Tanya suara apa gerangan, ternyata anak perempuanya tewas terjatuh dari atap rumahnya. “ Syukurlah Allah telah mencabut sesuatu yang menjadi penghalang antaraku dengan-Nya ’’. Ujar Samnun.Peristiwa isra’ mikra’Nabi melihat : Aku melihat ada seorang wanita di gantung rambutnya, dan otaknya menggelegak. perempuan yang tergantung rambutnya ialah perempuan yang tidak menutup rambutnya daripada bukan muhrim nya.Pada malam Lailatul Qadar , menyuruh Allah Ta’ala akan Jibril a.s turun ke bumi, lalu turunlah Jibril ke perhimpunan Melaikat ke bumi bersamanya bendera hijau, lalu dipacakkan keatas Ka’abah , baginya 600 sayap.Kemuliaan hari juma’atPada hari juma’at berlakunya hari kiamatPelajaran termahal didunia ialah Qur’an (terjemahan) dan hadis.Kerana ia merupakan kata2 dari Tuhan untuk hamba2nya Dan Tiada cinta yang paling mahal didunia ini melainkan cinta kepada Tuhan. Kerana ia akan membalasnya dengan diberinya nikmat iman dan petunjuk. Sekian dulu dari saya. Semuga kita sama2 mencari ilmu yang bermanfaat. Semuga kita sama2 dapat masuk dibawah panji2 nabi Muhamad s.aw di padang mahsyar kelak.renunglah kebesaran Tuhan.

No comments: