Penghayatan Israk dan Mikraj timbulkan keinsafan
PERISTIWA Israk Mikraj berlaku pada malam 27 Rejab, tahun ke-11 daripada kerasulan Nabi Muhammad SAW. Dua peristiwa yang amat besar dan luar biasa yang dialami oleh Rasulullah SAW dianggap sebagai satu penganugerahan yang tinggi nilainya dari segi kerohanian. Kedua-dua peristiwa itu adalah kurnia Allah kepada Baginda untuk memperlihatkan tanda keagungan dan kekuasaan-Nya. Peristiwa itu mengandungi banyak pengajaran yang perlu dijadikan teladan oleh umat Islam bagi menimbulkan keinsafan dalam diri mereka. Antaranya:Kuasa Allah tidak terbatas dan Dia boleh melakukan apa saja yang dikehendaki-Nya seperti membawa Rasulullah SAW dari kota Makkah ke Baitulmaqdis serta dibawa menghadap ke hadrat-Nya di Sidratil Muntaha dalam tempoh singkat iaitu satu malam.Perkara itu kerana apabila Rasulullah menceritakan peristiwa ini kepada masyarakat umum di Makkah, mereka mentertawakan Baginda. Hanya Saidina Abu Bakar mempercayai kata-kata Rasulullah SAW dan beliau diberi gelaran As-Siddiq yang bermaksud orang yang benar.Sebelum Rasulullah SAW diIsrakkan, Baginda menjalani suatu ‘pembedahan’ untuk membersihkan hati serta dimasukkan unsur rohani, iman dan hikmat.Ini menunjukkan bahawa pada peringkat pertama untuk bertemu Allah, kita perlu membersihkan diri dan jiwa daripada pelbagai sifat buruk serta menanamkan sifat baik dan ihsan dalam diri. Dengan jiwa tenang, penuh keimanan dan ketakwaan, kita akan beroleh kemudahan untuk bertemu dan menghadap Allah.Pelbagai peristiwa yang dilihat dan dialami Rasulullah SAW ketika Israk bersama malaikat Jibril memberikan gambaran menyeluruh perihal manusia di bumi ini dalam menjalani kehidupan sebagai khalifah Allah. Ada yang melakukan kebajikan, sementara yang lain kekal dalam kemaksiatan.Manusia akan diadili berdasarkan amalan mereka dan menerima balasan yang setimpal daripada Allah berpandukan kepada apa dikerjakan.Allah juga menunjukkan kepada Rasulullah SAW serta umatnya iman dan akidah teguh adalah asas kepada sifat keIslaman sejati dan akan diberi balasan baik oleh-Nya.Rasulullah SAW memilih susu berbanding arak yang ditawarkan oleh Jibril.Ini jelas menunjukkan bahawa susu adalah minuman berkhasiat. Arak pula tidak disukai Baginda dan Allah kerana memabukkan dan akan menyesatkan umat Islam daripada mengingati Allah.Beberapa tempat disinggahi Rasulullah SAW untuk mengerjakan solat seperti Madinah, Bukit Tursina dan Masjidil Aqsa adalah tempat yang terpilih dan mulia. Oleh itu, jika kita berkesempatan untuk berkunjung ke sana, adalah sunat untuk mengerjakan solat di tempat itu.Allah Maha Pengampun lagi Maha Mendengar. Bermula daripada perintah umat Islam diwajibkan mengerjakan solat 50 kali sehari semalam, atas permohonan Rasulullah SAW sebagai kekasih-Nya berulang kali (sebanyak sembilan kali), Allah mengurangkannya kepada lima kali saja sehari semalam seperti yang kita kerjakan hari ini.Surah Al-Fatihah dan ayat Kursi adalah ayat suci al-Quran banyak keberkatannya sekiranya dibaca dan diamalkan dalam kehidupan seharian. Hal ini kerana surah ini dinyatakan dengan jelas oleh Allah kepada Rasulullah SAW ketika mengadap-Nya.Kejadian yang berlaku perlu diperhalusi oleh umat Islam bagi memantapkan akidah dan keimanan kita.
2 comments:
saye rasa sangat gembira apabila dapat membaca kisah agama inin
saya rasa bangga dapat membaca sirah ini
Post a Comment