Thursday, September 07, 2006

Panduan Azan  

Assalammualaikum wbk.

Terlebih dahulu izinkan saya panjatkan rasa syukur dan puji-pujian ke hadrat Allah swt. di atas restu dan izinNya yang mengatur dan memberi kekuatan untuk terus menyumbang dan bersama-sama para sahabat yang dirahmati. Selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad ibni Abdullah saw., kepada para ahli keluarganya dan para sahabat baginda, para tabi’in dan tabi’ attabi’in serta seluruh muslimin dan muslimat yang dirahmati dan dikasihi Allah swt. Kepada semua penggerak wadah egroups tercinta, saya doakan agar kalian terus-terusan mendapat panduan, kerahmatan dan bantuan dari Allah swt. Tidak lupa juga salam kerberkatan untuk semua sahabat yang lain yang mencintai akan kebenaran dan memperjuangkan akan keadilan. Dan kepada sahabat yang bukan beragama Islam, salam ceria dan sejahtera diucapkan.
Dengan izin barisan moderator budiman. Kali saya sisipkan beberapa panduan Azan, Iwamah, Jawapannya dan Doa Selepas Azan dan Iqamah. Diharap membantu sahabat semua, insyaallah.
Allahuakbar (2 kali)Allah Maha Besar, Allah Maha Besar
Ashhadu An La Illaha ill Allah (2 kali)Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah
Ashhadu Anna Muhammadar Rasulullah (2 kali)Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Hayya 'alas-salah (2 kali)Marilah mendirikan solat
Hayya 'ala-l-falah (2 kali)Marilah menuju kemenangan
Allahu akbar (2 kali)Allah Maha Besar, Allah Maha Besar
Laa-ila-haill-AllahTiada Tuhan melainkan Allah

PERINGATAN
Sunat Tarji', iaitu menyebut secara perlahan terlebih dahulu kalimah
2. Tatswib Dalam Azan SubuhAssolaatu khairun min annaumSolat itu lebih baik daripada tidur
selepas mengalunkan kalimah
Menjawap azan adalah sama seperti lafaz yang dialunkan oleh Muazzin, kecuali pada Membaca Iqamah dengan betul dan sempurna, berdiri dan menghadap kiblat. Menyebut lafaz iqamahIqamah dijawab secara perlahan satu persatu sehingga akhir. Menjawab iqamah sama seperti menjawab azan. Cuma pada kalimah
DOA AZAN DAN IQAMAH
Tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Allah, Tuhan yang memperkenankan seruan yang sempurna dan solat yang akan didirikan, kurniakanlah kepada Penghulu kami Nabi Muhammad saw. kelebihan dan darjat yang tinggi dan kurniakanlah kepadanya kedudukan yang terpuji yang telah Engkau janjikan

Wassalam

No comments: