Thursday, September 07, 2006

Arak

Arak adalah salah satu daripada dosa besar yang perlu dijauhi.

Allah SWT telah mengkategorikannya sebagai salah satu daripada perbuatan syaitan berdasarkan firman Allah dalam ayat 90 Surah al-Maidah.

Jelas, arak merupakan kebudayaan Jahiliyyah. Logiknya, sesiapa yang mengamalkan budaya sesuatu kaum, bermakna dia adalah tergolong dalam kaum tersebut. Oleh yang demikian, orang yang meminum arak bermakna dia juga merupakan orang Jahiliyyah yang sesat dan menentang ISLAM !

Arak merupakan senjata syaitan bagi memerangkap manusia supaya melakukan dosa. Tentunya kita masih ingat bagaimana kisah seorang anak Khalifah Umar telah digoda oleh seorang wanita Yahudi. Hasil perangkap wanita itu, dia telah terminum arak dan akhirnya telah lahir anak dari benihnya.

Semua ini terus berleluasa selagi wujudnya manusia-manusia rakus yang terus menghidupkan budaya Jahiliyyah ini.

Rasulullah SAW telah memberi amaran keras berkenaan dengan arak sebagaimana sabdanya :

Sepuluh golongan yang dilaknat

1) Pemerah arak
2) Orang yang minta diperah
3) Peminum
4) Pembawa
5) Orang yang minta dibawa
6) Orang yang menuang
7) Orang yang membeli
8) Orang yang makan dari hasil arak
9) Orang yang membeli
10) Orang yang minta dibeli



Bagaimnakah keadaan orang Islam yang bekerja di restoran-restoran, kelab malam, agensi pengiklanan dan sebagainya yang menuang, membawa, mempromosi, menjual dan mencari rezeki dari sumber arak ini ?

Sama-samalah kita fikirkan !!!

Dalam hadith lain Rasulullah SAW bersabda ;

Sesiapa yang meminum arak sebanyak 40 kali, namanya akan dicatatkan dalam SIJJIL (senarai ahli neraka) segala ibadahnya tidak akan diterima melainkan ia bertaubat.

Rasulullah SAW telah berwasiat tentang orang yang minum arak. Di antaranya ialah :

1) jangan bagi salam
2) jangan ziarahinya ketika dia sakit
3) jangan sembahyangkan mayatnya
4) matinya macam penyembah berhala

Abdullah bin Mas’ud telah bersumpah :

"Mayat peminum arak akan berpaling dari arah kiblat. Jika tidak, bunuhlah aku !"

Rasulullah SAW juga ada bersabda :

"Orang yang minum arak, pada hari qiamat nanti mukanya hitam, matanya biru, lidah terjulur hingga ke dada, mulutnya penuh nanah hinggakan ahli neraka sendiri yang membencinya"

Sabda Rasulullah SAW :

"Sesungguhnya akan ada beberapa orang dari umatku yang meminum arak, mereka menamakannya dengan nama-nama yang lain, mereka dilalaikan dengan muzik dan nyayian-nyayian , ALLAH akan tenggelamkan mereka ke dalam bumi dan mereka menjadi kera dan babi. Riwayat Ibnu Majah

1 comment:

zuan said...

benarkah anak saidina umar berzina? tlg buktikan dengan fakta yg lebih ilmiah. menghina sahabat sesuatu yang berat.