Awais cabut gigi kerana Rasulullah
PADA zaman Rasulullah SAW berlaku sebuah kisah seorang hamba Allah yang hidup penuh takwa. Dia menyara hidup dengan memelihara unta kepunyaan saudaranya di sebuah daerah di Qarni.Sehinggalah pada suatu hari Awais al-Qarni yang duduk seorang diri menerima khabar Rasulullah SAW sedang berhadapan dengan peperangan Uhud.Dia mendapat tahu bahawa gigi Rasulullah SAW patah dalam pertempuran itu. Bagaimanapun, dia tidak tahu bagaimana dia boleh menerima berita itu.Kerana pada ketika itu tiada seorang pun yang menghantarkan berita kepadanya. Dia yang hidup dalam kesucian menerima berita itu secara ghaib.Selepas mendapat berita itu, Awais mencabut sebatang giginya untuk merasai sendiri betapa sakit yang ditanggung oleh Rasulullah SAW yang mengalami kepatahan gigi. Begitulah besarnya rasa cinta Awais terhadap Baginda.Berdasarkan riwayat, Awais hanya bertemu sekali dengan Rasulullah SAW iaitu ketika Baginda berangkat ke medan Perang Uhud. Dia bukan saja menjaga unta saudaranya malah terpaksa menjaga ibunya, kerana itulah dia tidak dapat bertemu dan mengikuti Baginda sekali lagi dalam medan perang.Bagaimanapun, dia sempat meninggalkan pesanan kepada isteri Rasulullah SAW bahawa dia akan datang untuk menemui Baginda.Apabila Rasulullah SAW pulang dari medan peperangan Baginda pun bertanya kepada isterinya adakah sesiapa yang datang hendak menemuinya. Isteri Rasulullah SAW pun menyampaikan pesanan Awais."Adakah engkau melihatnya," tanya Rasulullah SAW. Jawabnya: "Saya hanya melihat belakangnya.""Maka Rasulullah SAW bersabda: "Engkau akan masuk syurga kerana memandangnya begitu."Ketika Rasulullah SAW berada di katilnya ketika saat akhir hayatnya, Rasulullah SAW berpesan kepada isterinya supaya baju yang sedang dipakainya itu diberikan kepada Awais.Saidina Umar dan Ali sentiasa bertanya kepada orang ramai sekiranya ada di antara mereka di situ yang berasal dari Qarni.Tiba-tiba seorang lelaki tampil ke hadapan dan menyatakan kesanggupannya untuk membawa kedua-dua sahabat itu ke wilayah Qarni.Kemudian mereka berangkat ke Qarni dan menanyakan penduduk di situ nama yang disebutkan Rasulullah SAW. Penduduk kampung terkejut apakah sebabnya dua sahabat besar Baginda hendak menemui pengembala unta yang tidak terkenal dan dikatakan gila itu.Apabila tiba di rumah Awais, dia sedang khusyuk sembahyang. Selepas selesai dia ternampak dua sahabat itu sedang memerhatikannya dan berkata: “Sesungguhnya inilah kali pertama ada orang melihat aku bersembahyang." Kedua-dua sahabat memperkenalkan diri selepas memberi salam kepadanya.Sahabat bertanya kepada Awais: "Jika tuan sayang kepada Rasulullah SAW mengapa tuan tidak selalu menziarahinya ketika dia masih hidup".Awais tidak menjawab pertanyaan sahabat itu sebaliknya dia bertanya pula sama ada mereka turut menyertai Baginda ke Perang Uhud. Jika benar turut sama bertempur adakah mereka tahu gigi Rasulullah SAW yang mana satukah yang patah dalam pertempuran itu.Saidina Umar tertarik dengan kesederhanaan pemuda itu lalu meminta Awais mendoakannya.Awais menyatakan setiap kali selepas dia sembahyang dia tetap mendoakan keampunan dan kesejahteraan untuk semua kaum Muslimin."Sekiranya engkau takwa kepada Allah dan mentaati segala ajaran rasul-Nya, maka engkau akan terima berkat doaku di akhirat kelak."Kedua-dua sahabat itu kemudian meninggalkan tempat itu dengan perasaan puas selepas berjaya menemui dengan orang yang disebutkan Rasulullah itu. Awais adalah orang yang tidak dikenali oleh penduduk dunia tetapi besar kedudukannya di sisi penduduk langit.
No comments:
Post a Comment