Doa mukmin
Doa sebelum belajar “Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmah-Mu dan limpahkanlah ke atas kami khazanah-Mu, wahai Allah yang Pemurah lagi Maha Penyayang.”
Doa sedang belajar “Ya Allah, bukakanlah pintu hati kami sebagaimana orang yang arif. Kurniakanlah kepada kami kefahaman nabi-nabi dan ilham malaikat yang hampir dengan-Mu, dengan rahmat-Mu wahai Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."
Doa ketika gagal dalam sesuatu “Memadailah bagiku Allah sebagai pelindung dan Dialah sebaik-baik penolong dan pembantu.”
Doa susah tidur “Wahai Tuhanku, sudah terbenam bintang-bintang dan sudah tidur segala mata. Engkau Tuhan yang hidup dan tetap menguruskan segala urusan dengan sendiri, tidak mengantuk dan tidak tidur. Tenangkanlah malamku dan tidurkanlah mataku.”
Doa mohon rahmat Allah "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri dan jika Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami menjadi orang yang rugi".
Doa perlindungan daripada malapetaka "Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada runtuhan, kebinasaan daripada tenggelam, kebakaran dan lanjut usia. Dan aku berlindung kepadaMu daripada godaan syaitan ketika menghadapi maut. Aku berlindung daripada mati kerana disengat binatang kala. Dan aku berlindung kepadaMu daripada sifat rakus yang mengakibatkan menjadi tabiat." Doa ketika memulakan kerja berat "Dengan nama Allah, aku mulai dan aku bertawakal kepada Allah, aku berpegang teguh kepada Allah dan aku berserah segala urusanku kepada Allah, memadailah bagiku Allah sebagai Pembantu dan sebaik-baik yang memberi pertolongan, tiada daya usahaku, dan tiada kekuatan melainkan Allah yang maha Tinggi lagi Maha Agung."
No comments:
Post a Comment