Thursday, September 07, 2006

Kisah benar gadis iskandariah

Sesuatu yang cukup menarik saya baca dalam majalah Islam tentang cerita bagaimana seorang gadis iskandariah yang menaiki bas mini untuk menuju ke sebuah destinasi di dalam wilayah iskandariah.

Pakaiannya agak nipis dan seksi sehinggakan hampir terserlah segala yang disembunyikan selama ini bagi seorang perempuan. Umurnya dalam lingkungan 20 tahun.

Sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya di tempat duduk di sebelah pintu bas, seorang tua yang rambutnya telah dipenuhi uban menegurnya.....

Wahai pemudi... alangkah baiknya jika kamu berpakaian dengan pakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu....daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar lelaki..Lalu gadis itu menjawab....

Siapakah kamu hai orang tua? apakah ditangan ada anak kunci atau sejenis kuasa yang menentukan aku bakal beradadi syurga atau neraka?

Lalu dia ketawa mengejek panjang. lantas cuba memberikan hand phonenya kepada si tua itu sambil berkata..... ambil hand phone ku ini dan hubungilah ALLAH SWT serta tolong tempahkan sebuah bilik di jahannam untukku.. lantas ketawa lagi..

Si tua dan penumpang2 bas itu terdiam. mereka tak menghiraukan lagi karenah gadis yang tak mengetahui hukum hakam itu.

10 minit kemudian bas sampai ke perhentian... lalu ada penumpang mengejutkan gadis tersebut yang tertidur di muka pintu bas.. puas di kejutkan, gadis tersebut tetap tak sedar.... rupanya ia pulang menemui tuhannya dalam keadaan yang tak disangka2. para penumpang hanya menggelengkan kepala sambil beristighfar kepadaNYA

petikan daripada manar Islam Jumadal Awwal........ nihayat fatat elsekendari- pengakhiran hidup gadis iskandariah

Subahanallah....

1 comment:

0ya GTR said...

assalamualaikum..saya mntak izin nk copy ye..