Maksud Bacaan Talkin
Maksud Bacaan Talkin (dlm Bahasa Melayu) yang selalu dibaca utk orang yg meninggal dunia.
Hayatilah bait2 kata dan maksudnya kerana kita semua akan melaluinya...Masa baca tu, sebut2lah nama sendiri yer....., kalau tak terasa meremang,sama2lah kita lebihkan amal ibadat.. Bukanlah perkara yang mudah setelahmambaca atau menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya amalan baikyg kita lakukan selama hidup di dunia yg akan menjadi penyelamat,
InsyaAllah..WALLAHU A'LAAMM.Bismillah hir rah man nir rahim.Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yangberkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikanmati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaranuntuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amarankepada orang yang masih hidup. Ingatlah! Baha wa sekalian mahluk Allah akanjahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasamenghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBUSAYA,hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawabersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeriAkhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengansebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad ituPesuruh Allah. Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datangkepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaituMungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamuberdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hambaAllah Taala, sebagaimana k amu juga hamba Allah Taala. Apabila merekamenyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?Siapakah Nabi kamu?Apakah agama kamu?Apakah kiblat kamu?Siapakah saudara kamu?Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dansehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar,janganlahcuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,Muhammad nabiku,Islam agamaku,kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu kiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,
bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap:
"La ila ha illallah Muhammad da rasulullah".Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaanyang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalamalam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semulauntuk berkumpul di Padang Mahsyar.Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar,soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul danberhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segalaamalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga danneraka adalah benar. Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitujuga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orangyang di dalam kubur.Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamudisisi Allah Taa la. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan juayang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala
menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepadakamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahanTuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerimasegala amal kebajikan kamu.Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidakdisiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalhamdulillahi rabbil alamin. Al-Fatihah..Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut"Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benarberada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh,yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingatidengan kesabaran." Surah Al-A'srDari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: "Sampaikanlahpesanku walaupunpun satu ayat..."
No comments:
Post a Comment