Thursday, September 07, 2006

Empat mazhab satu rahmat

Soalan:-

BOLEHKAH Datuk jelaskan mengapa dan bagaimana timbulnya empat mazhab sekarang ini, sedangkan pada zaman Rasulullah dulu umat Islam hanya berpegang pada satu kepercayaan? Dan mengapakah fahaman Syiah selalu dipandang serong?

JAWAPAN:-

Empat mazhab yang timbul adalah sebagai satu rahmat di mana umat Islam dibolehkan untuk berijtihad (bagi mereka yang berkelayakan) memberikan pendapat mengenai kefahaman sesuatu ayat (biasanya berkaitan dengan masalah fekah) yang harus maknanya berbeza.Pada zaman nabi tidak timbul soal mazhab kerana semua sahabat merujuk kepada Rasulullah jika timbul masalah.Bagaimanapun, tidak semua masalah hari ini ditanya oleh sahabat kepada Baginda kerana mereka orang Arab asli yang faham sebahagian besar makna al-Quran.Apabila zaman semakin jauh dari zaman Nabi, banyak masalah baru berkaitan fekah timbul; yang tidak pernah ditanyakan sahabat. Oleh itu, masalah fekah ini diselesaikan melalui ijtihad dan fahaman ulama yang pastinya berbeza.Apapun, perbezaan ini hanya pada perkara kecil (furuk) dan bukan persoalan dasar. Faham Syiah yang mengagungkan Saidina Ali sehingga menganggapnya sebagai nabi adalah serong dan tidak benar. Sebab itu kita harus berhati-hati dengan fahaman ini, bimbang akan tersesat akidah pula.

No comments: